BERSENAM BAGUS UNTUK PENCERNAAN

Kalau disebut mengenai pencernaan sudah pasti kita terfikir mengenai membuang air besar dan kecil bukan? Namun sejauh manakah kita mengetahui kepentingan pencernaan dalam tubuh badan kita. Bagaimanakah pula jika pencernaan pada badan kita tidak sempurna ?

Kali ini Power Mania ingin kongsi kepentingan pencernaan pada tubuh badan dan senaman yang baik untuk memastikan proses pencernaan kekal baik.

Pencernaan atau penghadaman ini ialah pemecahan makanan yang kita ambil setiap hari kepada komponen yang lebih kecil dan akan diserap ke dalam saluran darah. Pendek kata apa yang kita makan tidak semua kekal di dalam perut tetapi akan dikeluarkan balik bagi memastikan proses penghadaman dapat dilakukan dengan sempurna.

Apa tanda proses pencernaan kita terjejas ? Setiap daripada kita mesti pernah lalui cirit birit bukan ? Dan ketika cirit birit ia akan menganggu emosi kita betul tak ? Baik cirit birit itu terjadi menandakan bahawa usus kita sedang terganggu mungkin disebabkan makanan atau amalan pemakanan yang tidak betul. Oleh sebab itu amat penting untuk kita menjaga sistem usus dan penghadaman ini.

Jadi macam mana cara untuk menjaga sistem penghadaman pada badan kita.

Caranya tidaklah sukar hanya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mematuhi jadual waktu makan yang betul. Dan seeloknya setiap hari kita perlu mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kedua-dua ini sudah cukup untuk menjaga badan kita untuk kekal sihat.

Namun ada cara lain lagi untuk menjaga sistem pencernaan iaitu dengan senaman.

Antara senaman yang boleh dilakukan adalah:

Marching Twist / 60 saat
-Berdiri dengan langkah selebar bahu dengan kedua tapak tangan di belakang
kepala.
-Angkat lutut kanan ke dada dan pusingkan siku kiri ke arah lutut secara serentak.
-Kembali ke kedudukan asal, kemudian angkat lutut kiri ke dada dan pusingkan siku
kanan ke arah lutut.

Alternating Toe Touches / 30 saat
-Berdiri dengan kaki dilebarkan dan kedua tangan didepakan seperti huruf T.
-Dengan kaki berada dalam keadaan lurus, putar badan sehingga tangan kanan
menyentuh kaki kiri.
-Kembali ke kedudukan asal, kemudian putar badan sehingga tangan kiri menyentuh
kaki kanan.

Downward Facing Dog / 30 saat
-Pastikan posisi badang berada dalam keadaan merangkak.
-Tekan kedua-dua belah tangan dan angkat pinggul ke atas seperti huruf V terbalik.
-Tahan, pastikan tulang belakang anda lurus dan tekan tumit untuk meregangkan otot
bahagian bawah badan.
-Tahan selama 30 saat.

Child’s Pose / 60 saat
-Pastikan posisi badang berada dalam keadaan merangkak.
-Duduk ke bawah tumit dan angkat lengan ke sisi dengan tapak tangan menghadap
ke atas
-Pastikan dahi anda menyentuh ke lantai dan tahan selama 60 saat.

Seated Spinal Twist / 30 saat
-Duduk dengan kaki diluruskan ke hadapan.
-Bengkokkan lutut kiri dan tapak kaki rata di atas lantai
-Pusingkan tulang belakang dengan menyandarkan siku kanan ke bahagian luar
lutut kiri
-Kembali ke kedudukan asal dan ulangi gerakan yang sama pada siku kiri dan
bahgian lutut sebelah kiri.

Lying Torso Twist / 60 saat
-Pastikan badan anda berada dalam keadaan baring
-Bengkokkan lutut kanan ke arah dada sambil dipegang oleh kedua belah tangan.
-Lengan kanan dilurus dan didepakan ke lantai.
-Tangan kiri pula akan menarik lutut kanan ke atas badan dan memusingkannya di
sebelah kiri.
-Kembali ke kedudukan asal dan ulangi gerakan yang sama pada lutut kiri dan tangan
kanan.

Semoga perkongsian bermanfaat buat semua dan ingat Kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top