NAIK DAN TURUN BERAT DENGAN SELAMAT

Berat badan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana dengan berat badan juga dapat mengukur tahap kesihatan seseorang. Dalam isu berat badan juga mempunyai dua pilihan iaitu ingin menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan bagi seseorang. Maksudnya tidak semua daripada kita mahu menurunkan berat dan tidak semua juga yang mahu menaikkan berat.

Jadi pada kali ini Power Mania ingin berkongsi cara selamat untuk naikkan berat dan turunkan berat badan.

Baik, kita mulakan dengan tambah berat badan dahulu. Untuk tambah berat, fokus utama kita tambah berat adalah untuk dapatkan berat badan yang ideal tanpa menambah risiko kesihatan pada tubuh. Jadi, penting untuk ambil makanan yang sihat untuk naikkan berat badan. Jom kita lihat cara tambah berat badan dengan sihat dan selamat.

1. Tingkatkan pengambilan kalori

Cara paling efektif untuk tambah berat badan adalah dengan mengambil kalori lebih dari yang badan perlukan.
Kalau nak pertambahan berat tu slow and steady, target pengambilan kalori 300 – 500 lebih dari kalori yang tubuh perlukan. Untuk pertambahan berat yang cepat, tingkatkan pengambilan kalori 700 – 1000 kalori lebih dari keperluan tubuh.
Contoh makanan yang tinggi kalori adalah yogurt, milk shake, mentega kacang dan keju.

2. Banyakkan ambil protein

Protein adalah nutrien penting untuk tambah berat badan yang sihat. Blok binaan otot diperbuat daripada protein. Ambil protein yang mencukupi adalah penting untuk tambah berat badan otot, bukannya hanya lemak tubuh. Makanan yang tinggi protein termasuklah daging, ikan, telur, produk tenusu, kekacang dan sebagainya. Suplemen protein sangat membantu bagi mereka yang struggle untuk dapatkan jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian.

3. Makan dengan kerap

Untuk tambah berat, perlu makan dengan kerap. Sekurang-kurangnya ambil 3 kali hidangan utama. Pastikan dalam hidangan tersebut lengkap dengan protein, lemak dan karbohidrat.

4. Tambah kuantiti makanan

Kalau sebelum ni anda makan dalam portion yang kecil, apakata tambah sedikit jumlah makanan. Dari separuh nasi jadikan penuh. Banyakkan juga lauk. Yang penting cuba habiskan semuanya.

5. Tidur yang cukup

Pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Ini penting untuk pertumbuhan otot untuk menaikkan berat badan.

Seterusnya, kita pergi kepada cara turun berat dengan selamat dan betul

1. Jangan terlepas sarapan pagi

Seperti mana yang kita tahu mengambil sarapan waktu pagi adalah waktu makan yang paling penting. Namun begitu masih ada yang skip sarapan semata-mata nak cepat berat turun. Itu salah ye,  Ia kerana badan memerlukan nutrien yang cukup untuk memastikan badan berfungsi sepanjang hari dan jika kita tidak sarapan macam mana badan nak dapatkan nutrien berkenaan.

2.Minum air kosong lebih banyak

Mesti ramai yang berfikir bahawa perbuatan ini hanya akan mengakibatkan kalian gemuk air bukan? Tidak, jangan risau tentangnya kerana ia mungkin tidak akan terjadi jika anda kenal diri sendiri. Ramai yang keliru antara rasa dahaga dan lapar.

3.Makan sayur dan buah-buahan

Sayur dan buah adalah sangat rendah kalori dan lemak namun tinggi dengan serat. Tiga elemen ini amat perli dititikberat jika anda berhasrat untuk turun berat. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan  mineral yang sangat sihat untuk tubuh badan kita.

4.Sentiasa aktif

Anda tidak boleh bermalasan-malasan ya sebaliknya ubah sikap dengan sentiasa aktif. Aktif ni tak perlu nak jogging setiap hari cukup sekadar anda tahu cara membakar lemak dan lakukan sekadar kemampuan anda.

5.Mengambil suplemen yang betul

Yang ini adalah pilihan untuk membantu anda sahaja iaitu mengambil suplemen membakar lemak. Dan jangan pula anda berharap 100 peratus terhadap suplemen tanpa anda lakukan apa yang dinyatakan diatas tadi.

Jadi dapat sesuatu bukan? Jom kita sama-sama amalkan bagi memastikan badan kita kekal sihat. Ingat untuk Kekal Sihat dan Aktif Dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top