BERGAYUT BAIK UNTUK TULANG BELAKANG

Bergayut yang baik untuk tulang belakang bukan bergayut telefon ya, tapi bergayut  yang dimaksudkan adalah posisi mengantungkan badan anda dengan menggunakan kedua belah tangan. Bergayut atau dikenali sebagai ‘dead hang’ ini adalah salah satu senaman yang popular kerana ia dapat memberikan manfaat yang baik terhadap tulang.

 

Apa kebaikannya kepada tulang?
1.Dapat meregangkan tulang belakang

Apabila kita bekerja badan kita selalu dalam keadaan bongkok. Jadi apabila terlalu lama dalam keadaan begitu, ia akan memberikan tekanan terhadap tulang belakang. Jadi kita disyorkan untuk meregangkan badan bagi melegakan tulang belakang. Nak regangkan badan ada macam-macam cara tapi yang paling berkesan adalah dengan bergayut. Bila tulang belakang berada dalam posisi baik barulah badan kita akan nampak lebih tegap.

2.Menguatkan otot cengkaman

Grip yang kuat bukan sahaja lebih memanjangkan umur, tambahan pula tidak akan mereputkan otot kita ketika berumur nanti. Dengan bergayut akan menguatkan otot pada jari kerana kita menahan berat badan dengan jari.

3.Dapat memperelokkan kedudukan bahu.

Dengan bergayut, rotator cuff yang tercedera boleh segera sembuh. Hal ini dibuktikan menerusi satu kajian. 90 daripada 92 pesakit mengamalkan dead hang atau bergayut mengalami kesembuhan pada kedudukan bahu yang bermasalah.

Jadi kesimpulannya, bergayut ini dapat memberi kebaikan terhadap tubuh badan kita malah ia juga adalah salah satu senaman yang tidak memerlukan kos yang tinggi sebaliknya memerlukan usaha dan konsisten pada diri kita masing-masing. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat dan selamat mencuba. Ingat untuk Kekal Aktif & Sihat Dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top