TAMBAH PROTEIN DENGAN MAKAN TELUR ?

Telur adalah makanan ruji bagi setiap daripada kita malah umum ketahui telur adalah makanan yang tinggi dengan protein dan juga selalu dikaitkan dengan dunia bina badan. Jadi kali ini Power Mania ingin kongsikan bagaimanakah cara makan telur dengan betul bagi tambah protein dalam badan.

Berapa biji telur yang perlu diambil?

Sebenarnya berapa biji telur yang perlu ambil bergantung kepada keperluan badan masing-masing. Ia sebenarnya bergantung pada jumlah kalori pada badan anda perlukan, jadi macam mana nak tahu berapa kalori badan kita perlukan setiap hari? Anda boleh membuat carian di google seperti ‘calorie calculator’ dari situ anda boleh tahu jumlah sebenar kalori yang anda perlukan. Jadi bila dah tahu kalori yang diperlukan, anda boleh mengetahui jumlah biji telur untuk anda ambil. Seperti contoh badan anda memerlukan 1000 kalori sehari, jadi sebiji telur mempunyai  50-100 kalori dan anda perlu ambil dalam 10 biji telur dalam masa sehari bagi mencukupkan jumlah kalori tersebut.

Bagaimana pula nak makan telur dengan betul?

Nak makan telur mudah sahaja. Masak, letak dalam pinggan, dan makan! Itu sahaja, tak ada cara spesifik untuk memakan telur dan menjamin pembinaan otot. Tetapi,disarankan anda kurangkan makan telur mentah. Kalau anda nak kurangkan lemak, rebus pun memadai daripada memakan mentah-mentah. Sebabnya, makan mentah tidak mendatangkan sebarang kelebihan pada pembinaan otot. Risiko kepada jangkitan kuman juga adalah lebih tinggi.

Apakah risiko makan banyak telur?

Orang kata makan telur ni kolestrol pada badan naik, Betul ke makanan ini bahaya ? Sebenarnya tidak, kerana kolestrol memang tinggi dalam telur tetapi ia adalah kolestrol yang baik digunakan untuk mencegah sakit jantung. Meskipun begitu, semua benda perlu diambil dalam moderasi. Makan apa-apa terlebih pun ada keburukannya. Kalau anda kisahkan tentang kolestrol, maka ambil sebiji telur kuning setiap 3 biji telur anda makan. Jika tidak, anda boleh makan sahaja telur kuning macam biasa.

Nak ganti makan telur dengan ambil supplement ?

Tak ada masalah pun nak ganti telur dengan ambil supplement seperti Whey Protein kerana kedua-duanya mempunyai tujuan untuk meningkatkan protein. Malah Hydro Whey Isolated Power Mania mempunyai lebih daripada tambah protein kerana ia juga membantu dalam mengekalkan otot badan kerana mempunyai kandungan BCAA yang mencukupi untuk mempertahankan otot daripada mengecut selain menambah tenaga untuk anda workout. Jadi pilihan ada di tangan anda. Semoga perkongsian kali ini dapat membei manfaat. Ingat untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top