Apa yang sudah anda capai ? Perkemaskan target untuk tahun baharu 2023.

Kurang dua hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baharu 2023 dan pastinya pelbagai azam dan sasaran telah direncanakan untuk dicapai pada tahun 2023. Namun sejauh manakah fokus dan tujuan kita bagi memastikan ia dapat dicapai nanti ? Hal itu kita perlu tanya balik diri kita apakah kita mampu atau sebaliknya.

Sebelum itu, mari kita sama-sama bermotivasi dengan mengingat kembali pencapaian yang kita telah berjaya raikan pada 2022. Sebenarnya pasti antara kita peroleh sesuatu yang baik pada 2022, antara kita sedar ataupun tidak sedar sahaja. Seperti contoh pada tahun ini, diantara kita ada yang telah berjaya menamatkan pengajian, ada yang telah mendapat pekerjaan seperti yang dicita-citakan, ada yang baru berkahwin, ada yang menimang cahaya mata dan pelbagai lagi peristiwa yang berlaku. Semua itu kita boleh anggap satu pencapaian diri dalam kehidupan kita walaupun ada ketika melalui saat sukar sepanjang menempuhnya namun percayalah itu akan mematangkan lagi diri kita.

Dan perlu diingat sebuah pencapaian bukan semuanya manis tetapi ada juga yang pahit dan bukankah ubat juga pahit tetapi ia dapat memulihkan dan menyembuhkan. Jadi anggaplah setiap apa yang berlaku pada tahun 2022 ini secara positif dan jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh lagi dan sekiranya sasaran kita tidak berjaya pada tahun 2022, perkemaskan sasaran itu dan tingkatkan usaha untuk mencapainya pada tahun 2023.

Bagi mereka yang menyasarkan untuk membina badan idaman pula, tanya balik sejauh manakah perubahan pada badan anda, sudah pasti ada perubahan walaupun ia tidak sepenuhnya seperti diidamkan. Jangan risau teruskan berusaha untuk tahun 2023, jangan terasa kecewa jika anda tidak mencapai apa yang anda idamkan pada tahun ini kerana anda masih ada peluang yang besar untuk mencapainya pada tahun 2023.

Jadikan tahun 2023, sebagai tahun perubahan kerana untuk berjaya mencapai sesuatu semestinya perlukan perubahan untuk melangkah lebih jauh lagi. Sama seperti sebuah kereta lumba, perlu ada pengubahsuaian dari segi enjin supaya ia dapat kekal berfungsi untuk beraksi di litar lumba seterusnya menang merangkul kejuaraan, sama juga dengan kita yang ingin membina badan, untuk memastikan sasaran dapat dicapai perlu ada perubahan dari segi tabiat,amalan pemakanan dan gaya hidup kita supaya kita dapat beri tumpuan serta memberi kesan pada tubuh badan kita.

Jadi apa yang penting teruskan fokus dan berusaha kearah yang lebih baik, kerana tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu melainkan dengan usaha yang berterusan. Sekian sahaja perkongsian admin pada minggu terakhir 2022, semoga ia dapat dimanfaatkan dan sama-sama kita menuju kearah perubahan diri supaya apa yang disasarkan tercapai. Ingat untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top