10 AZAM TAHUN BARU UBAH HIDUP LEBIH SIHAT

Berbicara soal azam, ia amat sinonim ketika tahun baharu membuka tirai dan rata-rata daripada kita sudah pasti mempunyai azam yang tersendiri untuk dicapai. Azam adalah impian seseorang untuk melakukan perubahan dalam kehidupan masing-masing. Kenapa kita memilih tahun baru untuk menetapkan azam ? Ia kerana tahun baru diibaratkan satu permulaan baru serta masa yang tepat untuk kita beralih ke sesuatu yang lebih baik dan meninggalkan tabiat lama.

Sempena tahun baru 2023 yang baharu sahaja membuka tirainya, admin Power Mania ingin kongsikan 10 Azam berkait dengan kesihatan  yang boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan tahap gaya hidup yang sihat.

1. Kurangkan berat badan

Menurunkan berat badan adalah salah satu langkah terpenting yang boleh anda ambil ke arah kesihatan lebih baik.

Ini kerana berat badan yang tidak dikawal boleh merisikokan kesihatan anda dan lebih cepat terdedah dengan penyakit kronik seperti obesiti dan penyakit jantung.

Sehubungan itu, kuatkan semangat untuk meneruskan azam menurunkan berat badan pada tahun ini kerana ia bukan sahaja boleh membantu anda hidup lebih sihat malah ia dapat mengubah penampilan anda menjadi lebih menarik.

2. Terus amalkan pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat menjadi aspek yang penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diteruskan kerana hidangan itu mempunyau rendah kalori dan lemak selain ia tinggi dengan seratm kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh badan kita.

3. Aktifkan diri anda dan banyakkan pergerakan

Badan kita memerlukan pergerakan yang banyak untuk membantu membakar lemak dan menghadam makanan yang diambil pada setiap hari. Aktifkan diri anda dengan melakukan senaman fizikal dan aktiviti kecergasan di dalam atau di luar rumah.

4. Pemeriksaan kesihatan secara berkala

Yang ini ramai mengambil mudah lebih-lebih lagi mereka yang berusia masih muda. Pemeriksaan kesihatan adalah perlu bagi kita mengetahui tahap dan status kesihatan terkini. Jangan menganggap usia yang muda tidak akan jatuh sakit yang kronik, itu tanggapan yang salah. Sayangi kesihatan anda dan berjumpalah dengan doktor sekurang-sekurang setiap 3 atau 5 bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

5. Kurangkan stress dengan ‘healing’

Tenang ribut jiwa, itu bait-bait lirik yang sentiasa kita dengar kan ? Ya kita perlu sentiasa tenang dan kurangkan stress dalam kehidupan bagi mengekalkan kesihatan mental serta fizikal yang baik secara keseluruhan.

Jika berasa tertekan, cuba lakukan aktiviti mudah seperti mengamalkan senaman pernafasan, berjalan-jalan atau bercuti di tempat yang tenang serta mendengar muzik boleh membantu memulihkan ketenangan dalam hidup anda.

6. Dapatkan tidur yang berkualiti

Apa maksud tidur berkualiti? tidur berkualiti adalah tidur yang cukup untuk meningkatkan sistem imun anda dan menggalakkan kesejahteraan emosi dengan memberi masa kepada minda dan tubuh badan anda untuk berehat dengan cukup.

Elakkan daripada melakukan aktiviti pada waktu malam dan rehatkan badan anda sekurang-kurang 2 jam sebelum anda tertidur.

7. Hadkan masa di skrin

Di era serba canggih dan pintar ini kita tidak dapat lari dari bergantung kepada peralatan elektronik seperti telefon pintar, tablet dan komputer yang menyebabkan kita meluangkan masa yang banyak untuk melihat skrin.

Walau bagaimanapun, menurut beberapa kajian, menghabiskan terlalu banyak masa dengan peranti elektronik terutamanya melayari media sosial telah dikaitkan dengan kemurungan, kebimbangan dan kesunyian.

Jadi hadkan masa penggunaan anda terhadap skrin dan lebihkan melihat suasana sekeliling yang nyata.

8. Adakan masa untuk me time dan amalkan penjagaan diri

Wujudkan masa untuk ‘me time’ kerana ia boleh mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang maksima

Ia sangat penting terutamanya bagi mereka yang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga seperti ibu bapa dan pekerja penjagaan kesihatan.

9. Cari hobi anda

Untuk aktif anda perlu ada sesuatu hobi kegemaran untuk anda lakukan. Jadikan tahun baru ini sebagai permulaan hobi tersebut.

Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa melakukan hobi yang disukai boleh membantu memanjangkan usia dan hidup lebih sihat.

10. Jaga kesihatan mulut dan gigi

Memastikan kesihatan gigi dan mulut adalah tanggungjawab terhadap diri kita jadi tiada alasan untuk kita tidak cakna akan kesihatan gigi dan mulut.

Amalkan kebersihatan dengan kerap mencuci mulut dan memberus gigi kerana ia boleh mencegah daripada penyakit mulut,gusi dan gigi selain ia boleh mengelakkan daripada nafas yang berbau.

Jadi sekian sahaja perkongsian admin sebagai pembuka pada tahun 2023. Selamat Menyambut Tahun baru 2023 dan jadikan tahun baru ini sebagai permulaan untuk mengubah diri kearah yang lebih baik dan sihat. Ingat untuk sentiasa Kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top