BADAN SIHAT DI MUSIM TENGKUJUH

Bermula November, Disember setiap tahun negara kita pasti terdedah dengan cuaca yang tidak menentu oleh kerana fasa peralihan monsun jadi pada musim ini kesihatan kita turut terganggu dengan mengalami demam dan sebagainya.
Umum mengetahui kesihatan adalah anugerah yang paling berharga kerana apabila tubuh badan kita sihat ia akan menpengaruhi seluruh kehidupan kita. Jadi pada kali ini Power Mania ingin kongsikan tips untuk kekal sihat pada musim tengkujuh.

 

1.Kurangkan aktiviti di luar rumah.

Aktiviti di luar rumah atau outdoor ini amat penting dalam kehidupan kita kerana dengan aktiviti luar kita dapat menerima lebih udara segar namun ia tidak sesuai pada musim tengkujuh ini kerana dengan cuaca yang tidak menentu ia akan mengakibatkan suhu badan terjejas yang menyebabkan boleh terjadinya demam. Itu dari segi kesihatan dan dari segi keselamatan nyawa pula kita perlu elak dari mengunjungi tempat-tempat berisiko seperti hutan, bukit dan pantai.

2.Perbanyakkan air suam atau air masak

Air masak sememangnya sudah sebati dalam kehidupan kita kerana tanpa air ia akan menyebabkan banyak proses dalam badan kita terganggu. Malah umum mengetahui air juga adalah sumber oksigen dan badan kita amat memerlukannya. Lagi banyak kita minum air lagi bagus untuk badan kita.

3.Lebihkan buah-buahan sebagai sumber vitamin

Sumber Vitamin juga boleh diibaratkan seperti anti virus yang penting untuk badan dan sekiranya kurang anti virus ini ia akan menyebabkan kita mudah dijangkiti penyakit yang berjangkit yang dibawa oleh orang sekeliling.

4.Senaman dan rehat yang cukup di rumah

Musim tengkujuh tidak boleh dijadikan alasan bagi mereka untuk tidak bersenam oleh kerana cuaca tidak menentu di luar. Pandangan itu salah ya, anda boleh sahaja lakukan senaman indoor di rumah seperti push up, main tali skipping dan lain-lain.

5.Jaga kebersihan sekitar rumah

Musim tengkujuh ni macam-macam boleh berlaku di luar jangkaan kita kan. Malah ada juga yang akan menumpang datang ke rumah kita untuk berteduh seperti ular dan haiwan yang berbisa lain. Mana tidaknya habitat mereka sedang ditenggalami air jadi kita kena terima sahaja jika berlaku situasi seperti itu. Jadi musim tengkujuh ini seeloknya kita menutup segala ruang atau mengemas tempat-tempat yang jarang kita gunakan untuk mengelakkan dari kehadiran haiwan-haiwan seperti itu. Kita juga disaran untuk menyimpan bekas yang bertakung untuk mengelak pembiakan nyamuk.

Itu sahaja perkongsian dari admin pada kali ini. Diharap bermanfaat buat pembaca semua dan Ingat untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top