SIT UP RISIKOKAN TULANG BELAKANG ?

Sit up senaman yang popular di kalangan kaki gym dan yang mereka yang ingin membina six pack. Tapi sejauh manakah keberkesanan yang akan terjadi, adakah ia akan memberi kesan pada tubuh badan kita ? Jom kita sama-sama lihat.

FENOMENA SIT UP ATAU BANGUN DUDUK

Sit up bukanlah cara terbaik untuk dilakukan bagi mereka ingin membina six pack atau bentuk pada perut. Kenapa ? ia kerana sit up ini akan memberi tekanan yang tinggi pada tulang belakang manusia kerana ia menggunakan pergerakan spinal flexion. Dengan kata lain, anda seperti memaksa tulang belakang untuk membengkok dan sekirannya struktur spina anda tidak kuat, ia boleh mendorong kepada peningkatan risiko masalah tulang belakang atau dikenali PID.

JADI BAGAIMANA CARA YANG TERBAIK UNTUK MENGGANTIKAN SIT UP ?

Senaman yang boleh anda lakukan adalah seperti plank, hanging leg raise hold, human flag adalah lebih baik dan berkesan berbanding sit up itu sendiri. Senaman yang admin sebut itu adalah senaman core yang mampu memperkuatkan tulang belakang selain melatih banyak otot yang penting untuk tulang belakang anda.

Selain itu senaman anti-rotation termasuklah deadlift, pallof press, rowing sebelah tangan, bench press sebelah tangan, adalah senaman core yang lagi mantap untuk membina sit up.

Kesimpulannya, six pack bukan muncul kerana anda buat banyak sit up, deadlift, squat, dan lain-lain. Sebaliknya, six pack muncul kerana anda menjaga makan dan membakar lemak dengan baik. Itu adalah yang paling utama sekali.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top