NAK STOP MAIN GYM ? NANTI DULU BACA NI

Setiap daripada kita akan melalui masa dan situasi yang berbeza sehingga ada yang terpaksa korbankan perancangan dan cita-cita yang telah diusahakan. Malah ada juga dikalangan mereka yang dulu aktif dalam aktiviti bersukan atau membina badan terpaksa tinggalkan aktiviti berkenaan disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi kalau yang berhenti bina badan ni, badan akan jadi bagaimana ya ? apa kesannya ?

Jadi kali ini Power Mania ingin kongsikan kesan yang bakal berlaku kepada mereka yang berhenti main gym atau lakukan ‘Training Workout’.

 

1. Atrophy Otot

Kalau hypertrophy adalah pembesaran saiz sel, atrophy adalah lawannya iaitu pengecilan saiz sel. Waktu anda main gym dan angkat berat, otot dalam badan anda berkata “aku perlu tampung berat jadi aku kena besar”. Tatkala anda berhenti, mereka berfikir lain pula seperti “aku dah tak perlu angkat berat jadi tak perlu simpan muscle”. Benar, memang begitu badan kita berfungsi.

2. Kadar Lemak Dalam Badan Akan Meningkat

Seiring dengan pengecilan otot, lemak anda pula akan meningkat. Sebab itu ramai yang kekal berat sama, tapi bentuk badan dah tak setegap dulu. Menggelebeh lebih menandakan lemak terkumpul. Lelaki mudah simpan lemak di perut, perempuan di punggung, peha, dan tangan.

3. Hormon Akan Terganggu

Apabila lemak anda meningkat, begitu juga dengan hormon estrogen dan cortisol. Kedua-dua hormon ini ibarat hormon berlawanan kepada hormon testosteron, iaitu hormon paling padu untuk membina badan. Waktu workout, hormon testosteron meningkat secara semula jadi. Dengan peningkatan hormon lawannya, macam-macam kesan lain boleh datang!

4. Kekuatan Pada Diri Berkurangan

Semestinya, anda tak jadi sekuat seperti dulu. Ini kerana mengikut konsep latihan “reversibility”, apa yang anda dapat melalui latihan, anda akan hilang jika anda berhenti berlatih. Sebagai contoh, kalau anda berlatih sampai boleh deadlift 200kg, berhenti berlatih akan buat anda hilang kebolehan untuk deadlift seberat itu.

Sebab itu jika kita berhenti lama atau tidak pergi berlatih akan mendatangkan banyak kesan, jadi cuba jangan terus berhenti tetapi rehat seketika dan sesuaikan semula masa dengan keadaan untuk kita teruskan lakukan latihan kerana dalam dunia bina badan ini konsistensi amat penting dan bukan sekadar bermotivasi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mengembalikan kembali semangat pada mereka yang telah berhenti bermain gym atau latihan bina badan. Jangan putus asa ya. Ingat Kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top