Memiliki badan sasa tentunya menjadi antara idaman para lelaki kerana ingin kelihatan lebih gagah serta maskulin selain ia secara tidak langsung memberi satu amalan untuk kita terus mengamalkan gaya hidup sihat.
Malah badan kita kalau tidak dijaga lama-kelamaan akan kelihatan kendur atau buncit lebih-lebih lagi jika kita menjangkau usia 50-an keatas. Namun pandangan itu berjaya ditepis oleh seorang lelaki berusia 67 tahun daripada Pulau Pinang, badan beliau kalau dilihat memang amat berbeza dengan kebanyakkan lelaki seusianya kerana memiliki susuk tubuh yang sasa dek kerana amalannya melakukan latihan ‘workout’ serta mengamalkan permakanan yang sihat sejak berusia 18 tahun.
Ahmad Chemeah atau digelar ‘Tok Wan Sado’ yang turut memiliki gym persendirian dan menjadikan gym tersebut sebagai tempat untuknya ‘Workout’ serta penduduk di sekitar perumahannya. Dan istimewanya, pada awalnya beliau mendirikan gym berkenaan dengan hanya menggunakan sisa bahan buangan seperti tin besi, batang besi sahaja.
Menceritakan lagi tentang kisahnya, beliau sejak usia belasan tahun amat meminati karakter ‘Tarzan’ yang mana memiliki susuk tubuh yang sasa dan berazam untuk turut memiliki badan seperti itu. Jadi dari situ adalah permulaan beliau untuk mencabar diri bagi mendapatkan badan yang sasa.
Dengan minat dan latihan yang berterusan, beliau telah berjaya mencapai impian dari kecilnya itu hingga sekarang masih lagi mengekalkan bentuk badan sado.
Beliau yang telah mempunyai empat orang cucu itu secara tidak langsung telah memberi inspirasi kepada penduduk sekitarnya serta orang ramai untuk terus menjaga kesihatan tubuh badan dan selain memberi semangat kepada mereka yang ingin turut mendapatkan badan yang sasa.
“Paling penting Pak Long akan bagi nasihat mengenai cara pemakanan serta jenis makanan yang perlu diamalkan, tempoh serta teknik latihan. Kalau mereka betul-betul ikut nasihat dan amal cara pemakanan, anak-anak muda yang bertubuh kecil pasti akan sasa dalam tempoh sebulan,” demikian kata-kata nasihat beliau bagi mereka yang turut mempunyai azam dalam memiliki badan sado.
Diharap kisah ‘Tok Wan Sado’ ini menjadi sumber inspirasi buat semua pembaca dan ingat untuk Kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.
Kisah ini dipetik daripada Berita Harian.