Tips Untuk Fitness Kali Ini Mengenai Bagaimana Ingin Mendapatkan Body Yang Menarik Tanpa Bantuan Steroid.

Bagi mereka yang ingin memilih guru atau mereka yang pandai mengenai cara bina badan ada baiknya anda lebih berhati hati kalau takut takut ia nya adalah bantuan steroid.

Walaubagaimanapun, apa yang pasti mereka yang berbadan “sado” ini masih lagi memerlukan latihan yang betul untuk dapatkan bentuk badan yang sado itu.

Setiap hari berbeza posisi focus tubuh untuk “dicantikkan”.

Bantuan Protein Dan Steroid.

Cara pemakanan bina badan…

Untuk Steroid ia mudah, anda makan beberapa biji untuk membantu anda dapatkan apa yang anda mahu. Ada pendapat mengatakan dengan steroid akan buatkan anda kurang peka kemudian hari, ada juga mengatakan dengan steroid akan buatkan anda kerap memerlukannya.

Untuk protein pula anda mesti dan akan menjadi amalan pemakanan anda.

Bagi mereka yang bina badan secara zahirnya anda akan dapat lihat mereka ini mempunyai fizikal yang kuat, hasil daripada bentuk badan yang cantik.

Tapi apa yang paling utama ada pada mereka ialah kekuatan mental untuk terus berusaha dari hari ke hari.

Seperti contoh untuk membuat latihan workout setiap hari dalam tempoh 1 bulan pun belum tentu boleh dilakukan oleh kita yang biasa ini.

Tapi untuk mereka, ia biasa.

Dan dikhabarkan, bila mereka sudah lama bermain aktiviti ini, ia akan menimbulkan rasa ketagih atau axcited untuk tetap pergi juga ke gym.

Focus Workout untuk Bina Otot

Focus workout kebiasaannya ialah pada bahagian upper body, dada, bahu, lengan dan perut.

Tapi antara yang paling penting juga di bahagian lower body di kaki dan sebagainya.

Ada juga kalau anda perhatikan, mereka yang mengamalkan bina badan ni kadang kadang kakinya agak kecil kalau nak dibanding dengan upper body. Kemungkinan besar individu ini hanya beri focus di bahagian atas sahaja.

Maka, keseimbangan rutin latihan mestilah baik dan sesuai.

Cara Bina Badan Yang Betul

Merujuk daripada apa yang kami interview oleh beberapa individu para fitness.

Objective atau final bina badan ini kebiasaannya di tentukan oleh dua, iaitu memang hanya ingin dapatkan shape sahaja atau pun memang inginkan bentuk muscle yang besar seperti Lazar .

.
.

CARA UNTUK BINA BADAN

Kami pasti rata rata pembaca inginkan shape yang menarik berbanding dengan muscle yang terlalu besar yang biasa di usaha gandakan oleh Mr Olympia.

Disebabkan itu, kami akan mengambil inisiatif untuk interview beberapa orang daripada kenalan kami yang memang aktif dengan aktiviti sukan ini.

Sesi Interview Kami dengan beberapa ahli bina badan.

Dalam interview ringkas ini kami ada tanyakan beberapa perkara penting yang pasti ramai yang ingin tahu.

Pastinya ramai yang hanya menyaksikan mereka yang aktif sukan bina badan ini hanya perlu mengangkat beban yang berat berulang kali, tapi sebaliknya setelah hampir 1 jam sesi ini berlaku, apa yang kami dapat simpulkan ia lebih daripada itu, banyak perkara yang tersirat yang dikawal semasa latihan.

Berikut merupakan soalan ringkas beserta jawapan yang diberikan oleh beberapa pengiat sukan bina badan.

Perbualan kami dengan mereka agak kasual, jadi kami telah ubah ia supaya lebih mudah difahami dibawah.

Apakah Yang Paling Penting Untuk Bina Badan?

pemakanan yang betul

Antara perkara yang laing dinyatakan oleh mereka ialah rule 70% makanan dan 30% workout.

Yang membawa maksud, apa yang anda lihat semasa mereka menjalani rutin latihan di gym haruslah hanya merangkumi 30% sahaja daripada keseluruhan aktiviti, sebaliknya pemakanan adalah pembawa kejayaan yang lebih besar.

teknik senaman yang betul

Mereka ada juga mengatakan untuk yang masih baru ( beginner ) haruslah memahami step step bagaimana pergerakan untuk yang masih beginner. Ini penting untuk mengelakkan kecederaan.

safety

Keselamatan juga mesti diutamakan seperti memakai kasut saiz yang sesuai, begitu juga kalau takut takut ditimpa besi.

Selain itu, yang penting tapi jarang digunakan ialah penggunakan tali pinggang yang sesuai untuk senaman. Harga dalam RM80 sudah boleh dapat katanya.

Ini penting untuk safety kedudukan pinggang anda.

sifat tanya menanya

Mereka ada mengatakan, jika anda yang masih baru jangan malu untuk bertanya dan cari jawapan seperti apakah senaman yang patut dilakukan untuk yang masih baru. Supaya anda tidak tersalah langkah, samada akan ditimpa kecelakaan ataupun senaman anda tidak menjadi untuk waktu yang sepatutnya seperti apa yang dinyatakan oleh Para Fitness iaitu mengenai stress dan squeeze yang juga kami tanyakan detail di bawah.

Apakah Sizing dan Cutting dalam Workout?

Sizing dan cutting dalam workout ialah bagaimana result saiz otot yang anda inginkan.

Seperti contoh, katakan anda nak dapatkan otot yang besar.

Anda mesti buat workout sizing dahulu, diikuti oleh senaman cutting.

Dan bila kami tanya apakah beza dua ini,

Mereka dengan mudah jawab, cutting ialah reps yang banyak.

Yang membawa maksud, anda angkat beban yang lebih berat dahulu yang mungkin hanya mampu diangkat dan diulangi dalam 10 kali. ( 10 reps )

Dan diikuti pula dengan beban yang lebih ringan untuk membuat cutting dengan mendapatkan lebih banyak reps.

Cara pemakanan untuk bina badan?

Menurut apa yang dikatakan oleh Mereka, tiada bezanya dengan article yang kami di mengenai Diet Atkins di sini.

Untuk dapatkan tenaga semasa workout, anda perlu lebihkan makanan seperti karbohidrat seperti nasi.

Karbo akan membantu anda untuk mendapatkan lebih tenaga semasa workout, tapi jangan berlebihan kerana karbo yang berlebihan akan membuatkan ia menjadi lemak.

Anda juga dinasihatkan untuk makan lebih karbo untuk buat Sizing, Pilih karbo yang clean seperti beras merah, kerana ia akan membantu mendapatkan otot yang tebal serta clean.

Bahagian yang paling mudah untuk bentuk?

Pembentukan sesuatu bahagian adalah berbeza mengikut genetik, pasti ramai yang lebih mudah di bahagian dada, ada yang di tangan dan sebagainya.

Namun untuk mereka, beliau lebih mudah di bahagian tangan diikuti dengan dada.

Pernafasan yang betul semasa workout

Kami pasti anda mudah memahami ini,

Katakan anda sedang membuatkan senaman tangan, pastikan anda lepaskan beban seiring dengan anda lepaskan udara pernafasan.

Bagaimana pula dengan aktiviti sebelum dan selepas workout?

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk Stretching dahulu sebelum mulakan workout supaya darah anda sudah bersedia di pam.

Seperti contoh, katakan anda buat senaman dada menggunakan dumbell.

contoh senaman workout

Eloklah sekiranya anda mengangkat beban dumbel yang ringan dahulu dalam 20 reps, sebelum anda mengangkat beban yang lebih untuk buat Sizing diikuti dengan Cutting.

Cara bina badan di rumah, workout?

Apa yang diberitahu oleh mereka, jika anda nampak banyak orang putih yang beritahu senaman yang sesuai buat di rumah di Youtube adalah kemungkinan besar tidak benar.

Sebab seperti prinsip di atas, sizing dan cutting.

Masakan senaman seperti tekan tubi boleh dapatkan otot yang besar kerana anda akan dapat lebih reps di situ yang membawa maksud ialah adalah step untuk cutting.

Jadi, untuk senaman dirumah, kebanyakannya adalah untuk senaman cutting melainkan anda bina alat alat senaman anda sendiri.

Cara Workout yang Salah?

Selain daripada aktiviti di atas yang tidak dituruti, antara perkara lain yang ditambah ialah jangan selangi rehat anda lebih daripada 2 minit.

Seperti contoh, anda buat sizing dan selepas itu(tidak lebih 2 minit) untuk buat cutting.

Dan juga tak perlu workout sampai lembik atau lunyai.

Ia bukan sahaja membahayakan kerana mungkin anda tiada langsung tenaga untuk mengangkat beban tersebut, asalkan anda dapat rasakan stress atau tegangan otot anda.

Prinsip Stress dan Squeeze?

Stress dan squeeze agak sukar untuk dijelaskan dengan ayat.

Tapi kalau nak dibezakan ialah, kalau angkat beban seperti dumbell, jangan hanya angkat, sebaliknya anda juga focus untuk squeeze dan stress otot bicep anda.

Supplement vs steroid?

Mengikut mereka, supplement atau makanan tambahan diperlukan untuk meningkat produksi tumbesaran otot.

Seperti apa yang dikatakan oleh Mereka dari kawannya oleh Otai @ Orang Lama.

Jangan buat workout kalau tak makan supplement.

Contoh supplement yang diambil oleh Mereka ialah sumber protein setiap hari dan power booster / multivitamin.

Ingat juga, yang membantu tumbesaran otot ialah dari sumber protein, bukan karbo.

Karbo hanya digunakan untuk dapatkan tenaga untuk anda lakukan senaman.

Manakala, lemak pula terhasil jika senaman anda tidak selari dengan jumlah karbo yang anda ambil, dalam erti kata lain ialah ia sudah berlebihan.

Steroid pula ialah pemakanan untuk mempercepatkan proses.

Menurut Mereka yang lansung tiada gunakan steroid.( buat masa ini )

Steroid tiada salah digunakan, kerana ia akan cepatkan proses tumbesaran otot.

Seperti juga apa yang diambil oleh Para Bina Badan dan ramai yang lain.

Masalahnya jangan berlebihan kerana ia membahayakan kesihatan.

Contoh mereka yang mengamalkan steroid yang berlebihan ialah urat di badan yang lebih banyak timbul dari yang biasa. Badan yang mungkin juga akan berbintik bintik da juga ada kulit yang berminyak.
( Lebih parah boleh meyebabkan kemandulan )

Mereka yang telah mencuba Power Booster mengatakan, tenaga, strenght dan lebih focus serta pembentukkan otot dapat dilihat seawal 2 minggu.

Berapa Kos Pergi Gym yang Mereka sertai Sekarang?

Setiap pusat Gym berbeza, dan yang untuk mereka sertai ialah RM 100 untuk pendaftaran dan RM 60 untuk setiap bulan.

Apakah Gym Yang Menjadi Kriteria Pilihan Mereka?

Pengudaraan yang baik, alat senaman yang pelbagai, jika ada air kon adalah lebih baik.

Dan utamakan kebersihan seperti apa yang diberitahu oleh Mereka, kadang kadang ada board di dalam gym yang mengatakan seperti “cuci peluh selepas digunakan”.
#share
#like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top