TIPS TINGKATKAN IMUN BADAN

Kebelakangan ini kita kerap mendengar orang-orang di persekitaran kita mengalami demam, selesema dan batuk-batuk  betul tak? Apakah yang mempengaruhi kita kerap mengalami situasi yang sedemikian. Sebenarnya ia bergantung kepada sistem imun badan masing-masing serta pemakanan harian kita juga mempengaruhi terhadap kesihatan kita.

Pada kali ini Power Mania ingin kongsikan 5 Tips untuk meningkatkan kadar imun pada tubuh badan kita supaya ia dapat melindungi kesihatan daripada kerap terkena sakit seperti demam.

1.Elakkan stres yang berlebihan

Tidak dinafikan, memang ramai individu mengalami stres kerana situasi yang terpaksa kita hadapi kini. Pun begitu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada stres yang berlebihan sebaliknya mengambil masa untuk tenangkan fikiran disaat mengalami tekanan

2.Jaga kebersihan

Kebersihan adalah elemen yang penting dalam kehidupan dan jika kita gagal menjaaga kebersihan ia akan memberi satu persekitaran yang negatif dan tidak sihat. Jaga kebersihan secara umum merangkumi kebersihan persekitaran dan kebersihan diri.

3.Mengamalkan pemakanan yang tinggi khasiat

Di zaman ini bukan susah pun untuk kita dapatkan makanan yang berkhasiat, cuma kita perlu mengenalpasti dan mengamalkannya sahaja.

4.Buang tabiat buruk dengan segera

Tabiat buruk seperti menghisap rokok dan meminum alkohol wajarlah dibuang dengan kadar segera. Selain itu, buang juga tabiat suka berjaga pada lewat malam. Ini kerana kurang tidur pada waktu malam akan menyebabkan tubuh badan kurang mendapat rehat dan kesannya sistem imun akan menjadi lemah. Menurut kajian, kebanyakan individu perlu sekurang-kurangnya 7 hingga 9 jam waktu tidur untuk tubuh badan berehat sepenuhnya. Barulah tubuh badan anda dapat menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang mampu melawan pelbagai penyakit.

5.Persekitaran positif

Mewujudkan satu persekitaran positif turut menjadi faktor bagi mengekalkan sistem imun badan. Jika persekitaran anda dikelilingi oleh perkara yang negatif, badan anda tidak mampu menyerap aura yang positif  kerana kajian mengatakan persekitaran positif seperti mempunyai rakan yang boleh membuatkan kita gembira, serta keadaan yang bersih dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan.

Jadi itu sahaja perkongsian Power Mania pada kali ini dan teruskan mengamal gaya hidup yang sihat demi kehidupan yang sejahtera dan ingat untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top