Pejam celik, pejam celik Ramadan semakin melabuhkan tirai dan Syawal yang bakal disambut hanya tinggal berbaki lebih kurang satu minggu lagi, jadi apa persiapan yang telah dilakukan khusus buat geng-geng sado dan yang ingin nampak sado di pagi raya nanti? Baik pada kali ini Power Mania ingin kongsikan panduan buat korang untuk nampak ‘Wow’ dan ‘Segak’ di pagi Syawal nanti.
1.Baju Melayu
Hari Raya ni confirm-confirm benda paling wajib adalah Baju Melayu kan? Jadi pemilihan Baju Melayu ini amat penting bagi kita tak kiralah anda kurus atau gemuk atau sado ke, memang ia memang perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi pada Hari Raya. Jadi macam mana nak pastikan Baju Melayu itu sesuai dengan kita dan nampak segak tanpa mengira saiz badan anda.
Pertama sekali pemilihan warna, anda kena tahu warna yang paling sesuai untuk keadaan badan anda sekarang, anda jangan ikut orang sebab anda mungkin nampak warna itu cantik dengan orang tapi tidak dengan anda. Baik admin bagi contoh sekirannya badan anda sedikit berisi cuba pilih warna baju yang sedikit gelap agar dapat cover badan yang berisi dan elakkan memakai baju yang fit kerana itu akan lebih lagi menampakkan isi badan. Manakala bagi mereka yang kurus anda boleh pilih baju yang sedikit cerah dan pakai baju yang sedikit fit agar baju kelihatan terletak dengan tubuh anda.
2.Jaga Kesihatan
Mesti ada dikalangan kita yang pernah jatuh sakit masa dekat-dekat nak Raya kan? Sebab admin dulu pernah demam masa pagi raya pertama memang spoil habis la, orang lain boleh keluar sambut raya, kita raya kat bilik je sebab tak larat. Walaupun kita tidak tahu bila akan datangnya sakit tetapi kita masih lagi boleh elak dan cegah sebelum ia melarat. Jadi nasihat admin, nak dekat-dekat raya ini kurangkan aktiviti luar atau pergi ke tempat yang terlalu sesak. Memang dekat-dekat raya ini keadaan di beberapa tempat macam Mall akan padat berbanding hari biasa namun kita masih lagi boleh elak dan cari waktu yang sesuai untuk kunjungi ke tempat-tempat macam tu untuk mengelak dari terkena jangkitan penyakit.
3.Ambil suplemen
Nak raya ni mesti nak kena ada tenaga kan? Hari Raya ni biasanya orang akan bangun awal untuk ke Masjid dan seterusnya beraya sehingga ada sampai malam, tu belum lagi ambil kira kena hadap Jem lagi, jadi memang nak kena boost tenaga lebih tu. Admin cadangkan korang ambil atau standby suplemen supaya ia dapat tambahkan tenaga dan kurangkan keletihan. Korang boleh juga cuba MGH Energy Booster daripada Power Mania kerana ia sudah terbukti mampu meningkatkan stamina selain turut mengurangkan rasa penat. Korang jangan pula ingat MGH untuk main GYM je, ambil untuk aktiviti lain pun boleh asalkan korang ambil tu korang kena buat sesuatu supaya dapat rasa keberkesanannya.
4.Pemakanan
Yang ini memang tak boleh lari la iaitu pemakanan, jadi bagi yang sedang dalam proses diet atau cutting, admin cadangkan korang makan je jangan control2 sangat pada hari raya pertama itu anggaplah ia sebagai ‘cheat day’ tapi pada raya kedua korang dah boleh start control dan lakukan senaman ringan.
Jadi Admin harap korang dapat manfaatkan perkongsian yang diberikan dan berguna untuk korang ye. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan baik dan sihat dan jangan lupa untuk terus aktif dengan Power Mania.