SKIPPING BAIK UNTUK KEKALKAN KECERGASAN

Senaman ‘Skipping’ atau melompat menggunakan tali sudah wujud berkurun lamanya dan ia dipercayai menjadi satu senaman yang terawal di Mesir sejak 1,600 tahun masihi lagi.
Oleh itu, pakar mempercayai bahawa senaman ini amat memberi kesan terhadap kesihatan tubuh badan manusia berikutan teknik lompatan yang dilakukan secara tidak langsung mempengaruhi anggota badan.
Senaman ini turut menjadi kelaziman para atlet, peninju serta mereka yang berminat untuk kekalkan bentuk tubuh badan yang baik. Senaman ini juga ringkas dengan hanya menggunakan tali yang memerlukan seseorang melompat melepasi tali tersebut secara berulang kali.
Berikut Power Mania ingin kongsikan enam kebaikan ‘Skipping’ yang secara tidak langsung amat membantu dalam mengekalkan tubuh badan manusia.
1.Jantung menjadi sihat
  • Melakukan senaman skipping adalah sangat baik untuk jantung kerana ianya salah satu senaman kardiovaskular yang bagus.
  • Ianya akan melatih jantung agar dapat berfungsi dengan lebih baik.

2.Membakar kalori 

  • Salah satu senaman kardio yang mampu membakar kalori dengan tinggi.
  • Apabila kita melakukan skipping selama 10-15 minit sahaja sudah mampu untuk membakar kalori lebih kurang 200-300 kalori.
  • Malahan senaman skipping juga dikatakan lebih banyak membakar kalori jika dibandingkan dengan senaman kardio lain.
  • Pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin mula menurunkan berat badan kerana ianya mudah dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

3.Dapat melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran

  • Membuatkan kita lebih tenang kerana ketika kita melakukan skipping kita sedang mengawal pelbagai pergerakan termasuklah kaki dan tangan ketika melompat.
  • Keseluruhan pengawalan pergerakan ini menjadikan kita lebih tenang kerana melakukan pergerakan yang berulang.

4.Membangkitkan perasaan keseronokan

  • Sangat menyeronokkan terutama sekali bila kita sudah mahir melakukan gerakan-gerakan baru.
  • Kadang-kadang berlatih buat skill baru ni lebih memenatkan dari melakukan lompatan biasa.

5.Memperkuatkan tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang

  • Skipping juga dapat meningkatkan ketumpatan tulang.
  • Menguatkan tulang di bahagian kaki kerana kita kerap berlatih menguatkannya melalui pergerakan kaki.
  • Namun, bagi mengelakkan kecederaan bahagian kaki, kita haruslah berlatih dan mendapatkan form  lompatan yang betul.

6.Bebas melakukan dimana sahaja dan alatan yang senang dibawa

  • Boleh dilakukan di mana-mana sahaja tampa memerlukan ruang atau kawasan yang luas.
  • Boleh dilakukan di rumah, bilik dan pelbagai tempat berbanding dengan senaman lain seperti jogging atau berbasikal yang memerlukan kawasan luas seperti taman perumahan dan padang.
Konklusinya, menjaga kesihatan ini mempunyai banyak cara dan inisiatif dan tiada alasan untuk kita tidak melakukannya. Apa tunggu lagi jadikan tahun 2022 untuk kita mengubah gaya hidup kearah yang lebih baik dan sihat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top