SERING MENGALAMI KECEDERAAN DIBAHAGIAN BAHU DAN PERGELANGAN TANGAN? INI TIPS YANG ANDA BOLEH LAKUKAN

Bahu anda dan pergelangan tangan adalah sebahagian kawasan yang paling penting pada badan anda dan ini bermakna anda seharusnya menjaga ia sebaik yang mungkin.

Ia tidak seperti kecederaan sukan yang lain, kecederaan bahu dan pergelangan tangan tidak memerlukan kesan perlanggaran yang kuat untuk berlakunya kecederaan pada bahagian ini.

Tekan tubi pula adalah salah satu latihan terbaik untuk membina teras badan, latihan ini sering dilakukan oleh tentera dan badan uniform lain umumnya. Jika anda membesarkan otot anda dengan latihan tekan tubi, maka anda hendaklah menjaga pergelangan tangan anda daripada tercedera.

Disini terdapat 3 langkah yang perlu diambil untuk mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian otot tekan tubi yang terlibat.

PERIKSA KEDUDUKAN ANDA

Andaikan kedudukan yang betul: tangan (rata, tidak condong) di bawah bahu di bahagian atas tekan tubi dan bersama Pecs di bahagian bawah.

MENGGUNAKAN DUMBBELL

Jika kedudukan anda adalah betul tetapi pergelangan tangan anda masih sakit, letakkan sepasang dumbbell (kettlebells juga berfungsi) bahu-lebar di atas lantai dan memegang dumbbell tersebut sebagai “tapak” anda. Kedudukan tangan yang tinggi juga membolehkan anda turun lebih rendah, memberi kesan besar kepada dada dan trisep anda untuk menjadi lebih keras.

TUKAR KEPADA KNUCKLE PUSHUPS

Genggam penumbuk anda dan jadikan sebagai tapak sewaktu anda melakukan tekan tubi untuk mendapatkan kedudukan tangan yang kukuh, knuckle pushups ada lebih efektif daripada tangan yang terbuka tapak tangan sebagai tapak.

Tegangan pada bahagian otot ini sewaktu anda melakukan workout sudah cukup untuk merosakkan tisu-tisu otot dari semasa ke semasa, ia menyebabkan anda terpaksa terlantar diatas katil dan bercuti dari melakukan sebarang aktiviti yang berat bagi memulihkan semula tisu-tisu tersebut serta bebas dari sebarang kesakitan.

Disini terdapat 4 kaedah yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan bahu anda:

MENCAMPURKAN PELBAGAI LATIHAN

Anda tidak seharusnya fokus sepenuhnya kepada latihan bench press, anda juga perlu memberi ruang untuk melakukan half upper back seperti tarik ke bawah dan tolak ke atas barbell atau kabel.

JANGAN MEMAKSA TULANG BELIKAT SECARA BERLEBIHAN

Tegangan secara langsung kepada tulang belikat anda adalah tidak baik dan boleh memudaratkan kepada pembentukan tisu-tisu otot yang terlibat.

MENGEMASKAN POSTUR KEDUDUKAN ANDA

Ramai melakukan kesilapan ini secara tidak sedar yang mengundang kepada kecederaan pada tulang bahu anda. Apabila anda baring diatas bench atau atau duduk, pastikan bahu anda berada dalam keadaan yang seimbang supaya ia dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan.

CENGKAMAN YANG KEMAS

Cengkaman yang kemas boleh mengurangkan tekanan pada tulang belikat sewaktu anda melakukan segala aktiviti lift yang melibatkan dengan otot ini. Daya ini memaksa bahu untuk berada dalam keadaan yang stabil dengan sendirinya dan ia juga adalah cara yang paling efektif bagi memastikan tulang belikat sentiasa berada didalam keadaan yang baik sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan dengan otot ini.
.
Promosi Pembelian MGH :

1 T-SHIRT PERCUMA POWER MANIA
============================
Berminat ?

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on tumblr
Tumblr
Share on skype
Skype
Share on google
Google+

DAPATKAN PRODUK TERKINI DARIPADA POWER MANIA!

Berbelanja di website untuk dapatkan harga yang lebih rendah!!

ARTIKEL LAIN

KESAN BURUK STEROID

Masih ramai lagi yang suka-suka hendak mengambil steroid. Tak sabar hendak kelihatan besar dan cantik luaran. Dengan steroid yang kini seolah-olah gula-gula di pasaran, mudah

Cara Kira Kalori Dalam Maklumat Pemakanan

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar

Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp