SENANG JE.. LAKUKAN 5 SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT BOROI

Perut buncit atau boroi sering menjadi sebahagian daripada isu imej diri yang menyelubungi fikiran ramai terutamanya golongan muda.

Dengan mengetahui cara kempiskan perut dan memahami punca perut buncit anda boleh mendapatkan bentuk badan idaman anda.

Mari kita menerokai cara yang boleh dilakukan untuk mendapat perut yang kempis disamping tubuh yang sihat.

1.Berjoging

Semasa berjoging, anda akan membakar lemak di seluruh badan. Aktiviti ini sememangnya tidak menyasar pembakaran lemak di perut sahaja. Ianya penting untuk meningkatkan aktiviti otot-otot untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga.

2.Berjalan pantas

Ini merupakan pilihan jika anda tidak larat untuk berjoging atau berlari Mekanismenya sama dengan berjoging. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan berjalan pantas dapat mengekalkan kadar degupan jantung dalam fasa membakar lemak.

Aktiviti berjoging yang terlampau boleh memasukkan badan dalam fasa membakar otot. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti berjalan pantas selama 20-30 minit pada awal pagi semasa badan anda masih dalam status berpuasa.

3.Squats

Jika dilakukan dengan betul, senaman squats boleh mengempiskan perut, mencantikkan punggung dan juga paha. Caranya amat mudah.

  1. Kangkangkan kaki anda seluas bahu dan turunkan badan anda ke posisi mencangkung.
  2. Pastikan lutut anda tidak melepasi hujung jari kaki anda apabila dalam posisi ini.
  3. Anda boleh stabilkan diri dengan menghulurkan tangan anda ke depan.
  4. Ulang pergerakan ini sebanyak yang mampu.

Ingatkan diri untuk menegangkan otot abdomen supaya anda melindungi tulang belakang anda. Untuk menambahkan cabaran, anda boleh mengangkat berat ketika melakukan senaman ini. Mulakan dengan berat yang rendah dan tingkatkannya secara perlahan.

4.Plank

Seperti tekan tubi, plank menyasar pelbagai otot dalam satu masa. Biarpun nampak senang, senaman ini sebenarnya susah kerana memerlukan kekuatan otot untuk menahan badan anda dalam posisi mendatar.

Cara melakukan plank adalah dengan baring meniarap kemudian angkat badan anda dari lantai menggunakan siku atau terus meluruskan tangan anda (‘high plank’). Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat atau sehingga beberapa minit sekiranya anda mampu.

5.‘Burpees’

Senaman ini berfungsi untuk bukan sahaja bahagian abdomen, tetapi juga dada, bahu, dan kaki. Senaman ini juga akan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Untuk melakukan burpees, berdiri dan jarakkan kaki anda seluas bahu anda. Kemudian, turunkan pinggul anda ke belakang sehingga mencecah posisi squat rendah.

Letakkan tangan anda di luar tapak kaki anda dan lompatkan tapak kaki anda ke belakang sambil menurunkan dada anda ke lantai. Anda sepatutnya dalam posisi meniarap sekarang. Kemudian, gunakan tangan anda untuk menolak badan anda dari lantai dan masuk ke dalam posisi plank. Lompat kembali ke dalam posisi squat rendah lalu tolakkan badan anda ke atas setinggi yang boleh menggunakan tumit anda.

Kesimpulannya, setiap daripada senaman itu tadi jika kita lakukan secara konsisten akan membolehkan tubuh badan menjadi lebih ideal dan sihat. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Ingat untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top