SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA..POWERMANIA KONGSIKAN TIPS PENJAGAAN KESIHATAN WANITA

 

8 Mac setiap tahun adalah Hari Wanita Sedunia, Powermania ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua para wanita di luar sana. Sempena hari Wanita Sedunia, Powermania ingin berkongsi beberapa tips penjagaan kesihatan kepada para wanita.  Penjagaan badan dan kesihatan bagi wanita adalah sesuatu yang penting dan ada diantara wanita sanggup menghabiskan wang demi memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang baik.

Mendepani hari-hari yang kian mencabar kini, wanita tidak terkecuali untuk menghadapinya namun bagaimanapun menjadi perkara yang penting untuk menjaga kesihatan. Berikut Powermania kongsikan tips yang boleh diamalkan oleh para wanita di luar sana.

1.Senaman  

Pertama yang harus dilakukan pastinya adalah dengan melakukan senaman setiap hari. Dengan melakukan senaman, maka badan kita akan menjadi lebih bertenaga dan peredaran darah dalam tubuh menjadi lebih lancar. Selain itu, manfaat lain daripada senaman adalah dapat menjaga berat badan agar tetap sesuai dengan yang diinginkan. Masih banyak lagi manfaat daripada bersenam bagi tubuh.Tak kira korang sibuk ke, tetap kena senaman.

2.Permakanan

Kedua adalah dengan mengambil makanan yang berserat setiap hari. Makanan berserat akan menjaga tubuh daripada bakteria yang mengancam kesihatan tubuh. Selain itu, khasiat makanan berserat lain adalah dapat melancarkan pencernaan.

3.Pengambilan makanan tambahan dan vitamin

Mengambil vitamin sebagai keperluan hidup. Vitamin memang sangat penting bagi tubuh kerana vitamin boleh membunuh bakteria, memuluskan kulit, menyihatkan mata, dan masih banyak lagi fungsi dari vitamin. Namun jika anda tidak mempunyai masa untuk mengambil makanan yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, anda boleh membeli multivitamin dengan dos yang sesuai. Akan tetapi jika anda meminum multivitamin, sebaiknya berunding terlebih dahulu dengan doktor agar doktor boleh mencadangkan multivitamin apa yang sesuai untuk tubuh anda dan mana yang tidak sesuai untuk tubuh anda.

4.Mengawal permakanan

Perhatikan hidangan makan anda setiap harinya. Hidangan makanan ini sering kali menjadi masalah berat badan bagi kebanyakan wanita. Hidangan makanan yang kita makan juga mempengaruhi terhadap pertambahan berat badan. Hidangan makanan harian anda dapat disesuaikan dengan aktiviti yang anda lakukan pada hari itu sama ada memerlukan banyak kalori atau tidak. Semakin banyak aktiviti harian yang memerlukan kalori, maka anda perlu menambah hidangan makan atau dengan menyesuaikan jumlah kandungan kalori yang ada di makanan anda.

5.Menjaga kebersihan badan

Jagalah kebersihan tubuh anda. Bakteria dan kuman selalu ada di mana sahaja untuk masuk kedalam tubuh. Selain itu pada saat wanita sedang dalam masa haid, maka harus benar-benar menjaga kebersihan tubuh agar tubuh tidak terserang penyakit

6.Dapatkan rehat yang cukup

Rehat cukup juga menjadi faktor penting dalam menjaga kesihatan tubuh wanita. Aktiviti harian kita memaksa kita untuk penggunaan tenaga yang ada di tubuh. Untuk itu, ketika selesai melakukan aktiviti harian, tubuh memerlukan masa untuk rehat agar dapat fit kembali. Istirehatkanlah tubuh anda sekurang-kurangnya 6 jam dalam sehari untuk menjaga tubuh agar tetap sihat.

7.Mengambil Air Putih (Air Kosong) yang cukup

Mengambil air kosong juga sangat penting bagi tubuh. Tubuh yang kekurangan cecair akan menimbulkan berbagai macam gangguan antaranya adalah kulit badan menjadi kering. Untuk itu, anda diiharuskan mengambil air putih sekurang-kurangnya 18 gelas dalam sehari. Ini akan membuat tubuh anda tetap dalam keadaan yang prima.

8.Sentiasa mengukir senyuman

Terakhir, tersenyumlah setiap hari. Dengan tersenyum maka beban yang ada di tubuh dan fikiran akan sedikit berkurang. Selain itu, tersenyum juga dapat meningkatkan kekebalan tubuh kita sehingga kita tidak mudah diserang penyakit.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua wanita di luar sana untuk diamalkan setiap hari. Terima kasih para Wanita dan sentiasa wanita yang hebat. Jangan lupa para wanita untuk dapatkan makanan tambahan daripada Powermania dan kekal aktif dan sihat dengan Powermania.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top