SAHUR DAN BERBUKA DENGAN SIHAT. IKUTI LANGKAH INI

Kita semua semakin hampir dengan pertengahan Ramadan, jadi macam mana Ramadan korang setakat hari ini ? Admin harap semuanya baik-baik sahaja selain dapat meningkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ini. Baiklah pada kali ini Power Mania ingin berkongsi cara untuk bersahur dan berbuka puasa secara sihat sepanjang bulan Ramadan supaya badan kita akan sentiasa aktif sepanjang hari.

Sahur

Kalau sebut mengenai sahur ini sememangnya ia sudah menjadi kelaziman kita dan sudah diketahui umum yang mana kita perlu bangun awal pagi untuk makan dan minum sebelum tiba waktu subuh supaya kita dapat bekalkan sumber makanan kepada badan untuk berpuasa sehingga waktu berbuka (Maghrib). Tapi ada juga yang tak bangun sahur, yang ini terserah kepada individu masing-masing kerana ia hanya sunat namun bangun sahur amat dituntut  bagi mereka yang berpuasa.

Jadi sahur ini perlu ke kita makan banyak ? Sebenarnya tak perlu pun kita mengambil makanan secara berlebihan pada waktu sahur, cukup sekadar ia dapat mengisi kekosongan perut sahaja. Dan ambillah makanan yang mempunyai khasiat tinggi dan yang boleh membekalkan tenaga seperti karbohidrat, kalori, vitamin dan serat agar ia boleh membantu mengurangkan rasa cepat letih dan penat ketika berpuasa. Anda boleh mengambil hidangan seperti nasi, oat, cereal dan buah-buahan untuk bersahur.

Berbuka Puasa

Maghrib adalah waktu yang di tunggu-tunggu ketika bulan Ramadan, ia adalah waktu untuk kita dapat makan selepas beberapa jam menahan lapar dan dahaga. Jadi yang ini tiada orang yang tak berbuka dan tidak akan ada yang menangguh untuk berbuka bukan macam sahur tadi ada yang tidak bersahur kan? Malah kita dituntut untuk menyegerakan berbuka puasa.

Jadi bagaimana cara berbuka yang sihat ? Kalau nak diulas memang tak habis mengenai ini kerana ia bergantung kepada individu masing-masing, namun kalau bagi admin cara berbuka dengan sihat adalah makan seperti mana kita makan pada bulan-bulan biasa. Jadi kalau makan nasi dan lauk, makan sahaja secara kebiasaan dan jangan secara berlebihan, mentang-mentang puasa nak makan lebih-lebih itu yang orang lain puasa boleh kurus tapi kita puasa naik berat. Bagi kaki gym atau yang bina badan, anda makan sahaja mengikut keperluan badan anda tak perlu rasa bimbang otot kecut ke atau berat naik ke? Selagi kita tahu keperluan badan kita dan amalkan selagi itu badan kita tak akan terkesan walaupun apa sekali pun. Yang penting berpada-pada di Bulan Ramadan ini.

Jadi sekian sahaja perkongsian ringkas untuk minggu ini, admin harap semua dapat meneruskan aktiviti dan bersemangat sepanjang hari di bulan Ramadan dan jangan lupa untuk kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top