Apa itu resistance band ? Pernah dengar tak ? Mungkin ada di kalangan kita kenal dengan ‘Resistance Band’ ini tapi tak tahu bagaimana cara untuk memanfaatkannya atau ada yang anggap ia hanya tali getah biasa ?
Kali ini Power Mania ingin kongsikan 5 Tips Workout menggunakan Resistance Band kepada anda.
1.Lateral Pulldown
Lateral Pulldown adalah gerakan yang memerlukan anda berdiri dan menarik tali getah. Letakkan resistance band pada dinding atau tempat yang tinggi untuk anda menariknya hingga ke paras bawah perut sehingga membentuk sudut 90 darjah. Lalu luruskan kembali tangan ke atas untuk kembali ke posisi asal.
2.Triceps Extension
Jenis senaman ini boleh memberi fokus kepada triceps. Untuk melakukannya, pegang resistance band di tangan kiri Anda dengan siku ditekuk. Letakkan siku kanan di atas kepala sehingga lengan kanan lurus ke atas. Tangan kiri perlu berada di depan bahu kiri. Kemudian turunkan lengan kanan Anda sambil tetap menjaga lengan atas berada dekat dengan kepala. Ketika lengan kanan diluruskan, Anda akan merasakan resistance band meregang dan otot lengan kanan rasa mengembang.
3.Bicep Curl
Seterusnya, Bicep Curl ia akan fokuskan kepada anda yang ingin kembangkan bicep.
Untuk melakukannya, Anda boleh lakukan secara duduk dengan masukkan resistance band di bawah lutut kanan Anda dan pegang dengan tangan kanan Anda. Tarik tangan Anda ke arah bahu kanan Anda melawan dengan memastikan lengan atas anda tidak bergerak ketik anda menarik resistance band. Ulangi pergerakan ini mengikut kemampuan anda dan anda akan rasakan bicep anda sedang mengembang.
4.Fire Hydrant
Fire Hydrant bermaksud senaman yang menfokuskan bahagian otot paha belakang. Untuk melakukannya, anda perlu bermula dengan posisi merangkak dan Resistance band perlu berada di atas lutut. Anda kena pastikan supaya leher, bahagian punggung dan pinggul tetap sejajar.
5.Plank Leg Lifts
Plank Leg Lifts ini akan menfokuskan gerakan kaki dan memperkuatkan otot pada bahagian kaki. Untuk melakukannya, posisikan tubuh Anda dalam posisi plank ke arah kanan. Kemudian tekuk kaki kanan dan luruskan kaki kiri sehingga siku kanan, lutut kanan, dan kaki kiri menyentuh lantai.
Tempatkan resistance band di atas lutut Anda. Angkat kaki kiri yang Anda luruskan melawan untuk meregangkan resistance band. Jaga tubuh Anda tetap lurus dan libatkan glutes Anda. Lalu turunkan kaki kiri Anda untuk kembali ke pose awal. Lakukan semua pengulangan di satu sisi, lalu alihkan ke sisi lain.
Jadi dengan resistance band ini anda boleh manfaatkan untuk pelbagai jenis workout dan ia juga bantu anda menjimatkan masa dan wang untuk fokus kepada workout. Ingat untuk kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.