Dalam kehidupan kita seharian berapa kali kita fikirkan tentang kesihatan kita ? Mungkin hanya segelintir daripada kita yang pedulikan kadar kesihatan mereka itupun mereka ingin mencapai cita-cita seperti contoh mereka yang ingin kurus, baru mereka jaga pemakanan tapi sebelum ini mereka tidak peduli pun dan makan apa sahaja. Tapi apa pula jadi dengan mereka yang tiada cita-cita akan badan idaman dan sudah berpuas hati dengan tubuh badan yang mereka miliki sekarang, adakah mereka kisah tentang kesihatan mereka?
Menurut laporan berita, sebanyak 53 peratus golongan dewasa tidak menjalani saringan kesihatan dalam tempoh setahun. Ia satu angka yang besar sebenarnya sebab bila tiada kesedaran untuk jalani saringan kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya keadaan dalaman badan kita, ntah-ntah kita ada penyakit kronik. Jadi untuk korang yang tak pernah lagi buat medical checkup atau saringan kesihatan ni lebih baik korang buat ye.
Baik admin bukan nak berkempen untuk korang buat saringan kesihatan, pada kali ini admin ingin kongsikan 5 tanda jika korang dah alami mungkin itu petanda korang sedang atau berkemungkinan akan ada penyakit kronik.
1.Rasa Sengal Pada Dada Kiri
Baik admin start yang paling ramai orang pernah kena dahulu iaitu rasa sengal pada dada. Menurut apa yang admin baca, rasa sakit atau sengal di bahagian dada kiri ini adalah petanda ada masalah dengan jantung kita. Namun tengok pula pada kekerapan yang korang kena dan situasi. Sebab kebanyakan mereka yang terkena serangan jantung pada awalnya akan mengalami perkara ini secara kerap.
2.Kerap Kencing Terutama Pada Waktu Malam
Mesti korang ingat korang kerap kencing itu sebenarnya tanda proses perkumuhan korang baik kan? haha sebenarnya ada petanda lain disebalik korang kuat kencing terutama pada waktu malam dan ia adalah petanda buah pinggang korang ada masalah. Buah pinggang ini berfungsi sebagai penapis air kepada badan kita dan sebenarnya ia memerlukan tempoh yang khusus untuk buah pinggang bekerja menapis air dalam badan dan jika korang sikit-sikit nak kencing tu memang ada masalah dengan buah pinggang tu.
3.Mata Berubah Jadi Kuning
Salah satu penyebab mata berubah warna menjadi kuning adalah penyakit kuning. Penyakit ini muncul karena ada penumpukan zat bernama bilirubin di dalam aliran darah. Selain perubahan warna mata, penyakit ini juga menyebabkan perubahan warna kulit menjadi lebih kuning. Penyakit ini biasanya terjadi pada bayi baru lahir, tetapi orang dewasa juga boleh mengalaminya. Untuk orang dewasa, keadaan ini menjadi tanda penyakit hepatitis atau kanser pankreas.
4.Badan kuat berpeluh terutama pada waktu malam.
Ini salah satu lagi yang sebelum ini korang ingat orang yang kuat berpeluh ni tanda proses perkumuhan dia baik tapi sebenarnya itu ada petanda lain iaitu salah satu gejala kanser. Namun jangan risau sebab peluh yang admin maksudkan ini bukan yang peluh biasa tapi berpeluh yang sampai baju yang korang pakai tu boleh perah maknanya badan korang memang mengeluarkan air peluh yang banyak walaupun duduk dalam bilik yang sejuk.
5.Luka yang lambat sembuh.
Pernah tak kalau korang luka tapi lambat sangat nak kering atau sembuh. Jaga-jaga sebenarnya jika korang ada luka tapi lambat sembuh korang sebenarnya bergejala kencing manis. Salah satu sebab mengapa luka lambat sembuh adalah kerana salur darah anda. Paras gula darah yang tinggi akan menyempitkan salur darah, sekali gus memperlahankan aliran darah. Ini akan menyebabkan kawasan luka tersebut terhalang daripada mendapat oksigen dan nutrien untuk kembali sembuh.Selain itu, paras gula darah yang tinggi dalam tempoh yang lama juga boleh merencatkan sistem imun tubuh.
Jadi korang dah tahu kan serba sedikit tanda-tanda yang kita anggap macam biasa tapi tanda itu sebenarnya hint untuk korang cepat-cepat pergi buat saringan kesihatan. Tak kira lah berapa pun usia korang sekarang sebab penyakit nak datang dia tak kenal usia. Jadi semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang. Dan jangan lupa untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.