NAK WORKOUT DI RUMAH? 5 PERALATAN WORKOUT YANG PERLU ADA

Mungkin ada diantara kita yang terhad dari segi masa untuk ke GYM bukan ?  Sebenarnya syarat nak bina badan bukan perlu anda ke GYM selalu pun, tetapi ia hanya memerlukan disiplin diri serta inisiatif yang betul malah anda boleh buat Workout hanya di rumah sahaja dengan menyediakan peralatan Workout yang sesuai.

Kali ini Power Mania ingin kongsikan 5 Peralatan Workout yang perlu ada di rumah bagi anda untuk membina badan.

1.Yoga Mat

Yoga Mat ini perlu ada kerana ia membantu anda melakukan ‘Workout’ khusus untuk melakukan senaman ringan seperti ‘plank’, ‘push-up’, ‘lower body circuit’ dan ‘squat bodyweight’. Harganya sekitar RM10- RM30 sahaja mengikut saiz serta kualiti.

2.Skipping Rope

Skipping rope adalah antara peralatan home gym yang murah dan membolehkan anda lakukan senaman kardio dalam keselesaan dan keselamatan rumah anda. Namun anda perlu pastikan menggunakan teknik yang betul.Harga skipping rope sekitar RM10-RM50 sahaja.

 

3.Adjustable Dumbbells antara yang penting berfungsi untuk membuat latihan angkat berat di bahagian lengan atau untuk membina ‘Biceps’. Ia juga senang untuk dibawa dan disimpan dan sesuai untuk kita memiliki di rumah. Untuk keselamatan anda disarankan beli yang bergetah. Harga bermula RM50 dan keatas mengikut berat.

 

4.Medicine balls pun boleh anda memiliki di rumah. Ia berfungsi untuk anda melakukan senaman core dan seluruh anggota badan. Harga bermula RM50 dan keatas mengikut berat.

5.Exercice balls berperanan untuk membantu anda untuk memperkuatkan badan core iaitu abdominal,obliques serta pinggang anda. Harga sekitar RM20-RM50 mengikut saiz dan kualiti.

Sebenarnya tiada yang mustahil untuk anda bina badan kerana peralatannya mempunyai banyak pilihan dan mampu milik. Malah anda boleh menjimatkan masa kerana dengan adanya peralatan-peralatan seperti diatas anda tidak perlu lagi ke GYM kerana anda sudah ada mempunyai ‘Home Gym’.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top