NAK MAKAN BANYAK DI HARI RAYA TAPI TAK NAK BERAT NAIK ?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Ramadan bakal melabuhkan tirai. Semoga kita masih berkesempatan untuk menemui Ramadan pada tahun hadapan. Baiklah, Hari Raya seperti semua sedia maklum sinonim dgn rumah terbuka bukan? Jadi bila rumah terbuka ini sudah pasti kita akan dijamu dengan pelbagai juadah makanan dan masa itu kalau boleh semua makanan kita nak makan, maklumlah nak dah sebulan berpuasa.

Namun timbul satu masalah bagi mereka yang nak makan banyak masa hari Raya tapi dalam masa yang sama bimbang akan berat naik mendadak. Baik pada kali ini admin akan kongsikan 10 tip kawal pemakanan pada hari Raya nanti.

1.Kurangkan minuman yang terlalu manis atau berkarbonat

Perkara yang paling bahaya dan kerap dihidangkan pada hari raya adalah air gas dan manis. Air minuman seperti ini bukan sahaja bahaya kerana mengandungi gula yang sangat tinggi, tetapi air gas juga akan membuatkan kita hanya kenyang sementara ataupun rasa “kenyang gas”. Air gas juga mengandungi pewarna yang banyak dan sudah pasti tidak baik untuk kesihatan.

Kurangkan minum air gas dan air manis seperti cordial buatan kerana ianya akan menyumbangkan kepada kenaikan berat badan. Manakala, amalkanlah minum air masak ataupun air panas seperti kopi kurang gula ataupun teh hijau. Rugi rasanya kalau kita hanya kenyang minum air gas sebab lebih baik kita kenyang makan hidangan hari raya yang jarang-jarang kita dapat makan.

2.Lebihkan buah-buahan

Tak rugi kalau kita amalkan makan buah-buahan pada hari raya tau. Buah-buahan ni bukan saja sedap malahan dapat mengawal nafsu makan kita. Buah-buahan seperti tembikai ataupun apple mengandungi serat ataupun fiber yang tinggi. Oleh sedap itu ianya dapat membuatkan kita lambat lapar. Jadi kalau beraya tu, nampak je buah yang dihidangkan, jangan pula jual mahal.

3.Terhadkan pengambilan kuih dan biskut raya

Hari raya memang kita tak boleh lari dengan kuih atau biskut raya yang pelbagai jenis dan warna. Kuih dan biskut raya ni tinggi kandungan gula dan tidak mengenyangkan. Memang susah nak elakkan, tapi sekurang-kurangnya kita kena kurangkan. Kuih raya ni kalau makan sebalang pun tak kenyang. Jadi lebih baik terus makan makanan utama hari raya dari terlebih makan kuih raya. Cukuplah sekadar makan untuk merasa sahaja.

4.Puasa Enam

Pada bulan Syawal juga kita boleh berazam untuk berpuasa enam. Bukan sahaja dapat pahala, tetapi dapat mengawal nafsu makan dengan berpuasa. Lagipun puasakan mengajar kita untuk banyak bersabar. Jadi bersabarlah dengan pelbagai dugaan yang datang tu. Puasa enam boleh dilakukan bermula dari 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan ataupun  berselang-seli sepanjang bulan Syawal.

5.Makan dengan kuantiti sedikit dan perlahan.

Selain itu juga, cara untuk mengawal pemakanan ketika hari raya adalah dengan mengawal kuantiti makanan. Biasanya ada banyak menu makanan yang dihidangkan dan biasanya kita akan makan semua menu makanan ni dengan kuantiti yang banyak. Kita sebenarnya boleh makan semua makanan ini tetapi dengan kuantiti yang sedikit bagi setiap makanan. Kita makan sedikit demi sedikit dan cukup sekadar merasa semua menu makan ni. Nikmatilah setiap makanan ini secara perlahan dan jangan makan terlalu cepat.

Percayalah, makan terlalu cepat juga boleh menyebabkan lambat kenyang dan makan secara berlebihan.

6.Guna pinggan kecil

Ketika makan makanan raya nanti, cuba gunakan pinggan yang kecil. Secara psychologynya kita akan rasa pinggan kita cepat penuh dengan makanan dan akhirnya kita akan ambil makanan kurang dan yang kita perlukan. Tip ni boleh diamalkan bukan saja ketika hari raya, tapi boleh juga dilakukan ketika makan bufet di hotel ataupun jamuan makan.

Jadi semuanya terletak di tangan anda. Dan kalau ada kawalan yang betul memang berat akan maintain je bila tiba hari raya nanti. Semoga tips ini bermanfaat kepada semua dan jangan lupa untuk kekal aktif dan sihat dengan Power Mania

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top