NAK JADI JEJAKA MALAYA KENA BACA NI. 5 TIPS NAK BAGI NAMPAK MASKULIN

Tampil dengan penuh bergaya dan nampak maskulin pasti menjadi impian setiap lelaki, namun sejauh mana insan bernama lelaki berusaha kearahnya ? ataupun membiarkan sekadar menjadi angan-angan. Nak bagi nampak maskulin tak semestinya seseorang itu mempunyai raut wajah yang tampan kerana setiap lelaki sudah mempunyai kelakian masing-masing cumanya ia perlu kepada penjagaan dan perhatian yang betul.

Kali ini Power Mania ingin kongsikan 5 tips ringkas untuk Sang Jejaka menjadi Maskulin dan nampak bergaya sentiasa.

 

1.Menjaga kekemasan diri.

Ini adalah asas yang paling utama bagi setiap lelaki untuk menjaga kebersihan dan kekemasan diri kerana apabila ia terjaga, seseorang untuk akan lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara selain akan mudah didekati orang.

 

2. Memilih pakaian yang sesuai dan ‘trendy’

Bukan Wanita sahaja kena tahu berfesyen, Lelaki juga kena ambil tahu tentang fesyen-fesyen terkini dan memakai pakaian yang sesuai dengan sesuatu tempat dan lokasi yang mereka pergi. Seperti contoh, nak pergi ke program atau jemputan makan, lelaki perlu memakai pakaian kasual untuk nampak lebih kemas.

 

3.Memakai wangi-wangian

Yang ini juga penting bagi lelaki kerana dengan memakai wangi-wangian seseorang lelaki itu akan lebih senang mendapat tumpuan orang ramai nak-nak lagi kaum wanita yang sukakan lelaki berbau harum.

 

4.Upgrade badan untuk jadi SADO

Bukan nak kata badan tak SADO ini tak maskulin tau, tetapi lelaki yang mempunyai susuk badan yang sasa ini akan mendapat kelebihan kerana ia nampak lebih gagah dan perkasa. Malah kebanyakan model-model lelaki turut berusaha untuk menjaga badan supaya nampak SADO supaya menjadi tarikan kepada umum.

5.Memperbaiki Komunikasi

Skil untuk komunikasi juga penting bagi setiap lelaki kerana ia akan menampakkan seseorang lelaki itu mempunyai pengetahuan serta membangkitkan keterujaan si pendengar apabila lelaki itu bercakap.

Dapat sesuatu bukan? Jadi tiada alasan bagi lelaki untuk tidak nampak MASKULIN dan jom sama-sama sang Jejaka untuk kita menjadi lelaki yang MASKULIN supaya kehidupan kita juga akan lebih bahagia selalu. Jangan lupa untuk dapatkan suplemen daripada Power Mania untuk membantu anda kekal aktif dan sihat sepanjang masa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top