Saya sekarang ini nak tambah berat badan, jadi saya makan la fastfood banyak-banyak. Fastfood kan boleh buat kita gemuk.
Terduduk kejap admin baca satu komen macam ni minggu lepas. Mana tidaknya dia nak jadi sihat tapi ambil makanan yang kurang sihat.
Baiklah minggu ini Admin ingin bincangkan adakah betul cara orang ni untuk tambah berat badan dengan hanya makan fast food dengan kerap.
Tindakan brader ini adalah SAMA SEKALI SALAH YA. Pertama sekali kita kena tahu fast food itu apa ? Fast Food atau ‘Makanan Segera’ ini mengandungi pelbagai bahan yang telah diproses supaya ia boleh disimpan lama sebelum digunakan. Yang ini anda boleh buat carian sendiri tentangnya tapi apa yang admin ingin beritahu bahawa Fast Food ini tinggi lemak tetapi khasiatnya KURANG baik yang mana dapat dimanfaatkan oleh badan. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang dalam proses sizing atau tambah berat.
Jadi tindakan brader yang komen ni hanya semata-mata boleh menambahkan lemak sahaja tetapi tidak menambah dari segi protein dan karbohidrat yang mana paling penting untuk tambah berat. Kita kena faham nak tambah berat ini bukan kena tambah lemak ya, tetapi yang sebetulnya tambah khasiat seperti protein, karbohidrat dan juga zat-zat seperti magnesium.
Macam mana nak dapatkan khasiat seperti itu? Jawapannya makan lah dengan makanan yang betul jangan pula ambil fast food. Seperti contoh kalau nak protein, perbanyakkan makanan seperti daging,ikan dan ayam dengan cara yang betul antaranya bakar atau half cook supaya khasiatnya tetap ada selepas dimasak.
Kalau susah sangat nak makan makanan macam tu, Anda juga boleh try ambil supplement Mass Gainer yang sudah diformulasikan untuk mereka menambah berat badan dengan selamat. Takde la sampai kena makan fast food banyak-banyak.
Jadi sekian sahaja perkongsian admin pada kali ini dan diharap ia akan menjawab persoalan yang bermain di minda kita semua ya. Ingat untuk kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.