Uishh boleh ke nak berisi, nak badan ada otot tapi malas nak bersenam dan workout ? Rasanya macam mustahil, tapi ada ke cara nak realisasikan impian mereka yang macam tu ?
Sebenarnya kalau nak berisi atau tambah berat badan sudah semestinya perlu menjaga permakanan dengan mengambil sumber makanan yang tinggi kalori dan protein. Yang ini tak perlu nak bersenam pun tak apa tapi perlu dingat kalau tak nak bersenam langsung risiko juga kerana badan akan menjadi lemak berlebihan. Malah kalau nak fokus tambah otot sudah semestinya perlu kepada ‘Workout’ dan senaman yang khusus kerana badan memerlukan satu aktiviti yang dapat memecahkan otot serta menimbulkan otot pada badan atau bahagian-bahagian tertentu.
Namun kalau bercakap dengan bantuan makanan tambahan ia mungkin boleh membantu untuk mereka yang nak berisi, nak tambah otot tapi kurang bersenam itu kerana makanan tambahan diformulasi dengan sumber makanan yang cukup untuk badan maka dengan bantuan sumber makanan yang mencukupi itu ia boleh membantu menaikkan berat badan dan membina otot. Walau bagaimanapun ia masih bergantung kepada badan masing-masing.
Power Mania mempunyai makanan tambahan seperti Mass Gainer yang mana dapat membantu anda menaikkan berat badan serta dalam masa sama menjana otot. Yang penting perlu mengikut cara permakanan yang disarankan sahaja. Namun ia tetap perlu kepada senaman juga. Anda tidak perlu ke Gym pun tak apa yang penting dalam seminggu perlu ada sesi senaman di rumah atau dimana sahaja yang anda selesa untuk memastikan badan tetap berpeluh. Tetapi hasilnya tetap bergantung kepada senaman, kuat anda bersenam maka akan memberi kesan kepada perubahan badan anda bak kata pepatah ‘Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak’ yang bermaksud jika inginkan kejayaan perlu berusaha lebih.
Selain dapat membantu menambah berat badan dan membina otot, Mass Gainer Power Mania juga dapat membantu meningkatkan stamina dan menjaga ketahanan otot. Jadi anda tidak perlu risau tentang badan penat untuk bersenam kerana Mass Gainer boleh membantu anda tambah tenaga. Selain itu juga ia dapat mencegah daripada pengecutan otot, yang mana ia tetap akan menjaga otot dan badan anda walaupun anda tidak fokus 100% untuk bersenam.
Macam mana pula dengan cara penggunaan Mass Gainer Power Mania ni ? Seperti biasa Mass Gainer adalah campuran protein tinggi yang perlu anda amalkan setiap hari. Anda disarankan untuk mengambil 7 Scoop sehari dengan jumlah air 250ml setiap hidangan.
Kesimpulannya, badan setiap orang berbeza kerana bagi mereka yang betul-betul fokus akan memanfaatkan betul-betul cara bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Jadi apa tunggu lagi dapatkan Mass Gainer daripada Power Mania untuk membantu anda nampak berisi dalam masa sama berotot. Ingat untuk kekal sihat dan aktif dengan #PowerMania.