MASA NI LA NAK BERHENTI

Dalam kehidupan korang mesti ada beberapa perkara yang korang nak sangat tinggalkan tapi susah sebab dah terbiasa dan menjadi tabiat korang. Tapi korang tahu tak sebenarnya bulan Ramadan inilah waktu yang sesuai untuk korang tinggalkan perkara atau tabiat yang negatif dalam diri korang sebab pada bulan Ramadan selain kita menahan lapar dan dahaga, kita juga dapat memperkuatkan rohani kita dengan mengawal nafsu diri.

Jadi apa benda yang dalam diri korang yang boleh dimanfaatkan untuk berhenti mulai pada Ramadan kali ini.

1.Berhenti Merokok Atau Vaping

Merokok atau Vaping ini tiada apa-apa memberi kelebihan pun pada diri kita, nak kata Merokok ini dapat tambahkan tenaga, tiada pun kajian yang mengatakan begitu jadi apa yang best sangat merokok ni ? Jadi ada eloknya korang mula berhenti sahaja rokok pada bulan Ramadan ini kerana waktu siang memang dah tak dapat hisap rokok dah pastu korang cuba pula belah malam tu tak perlu merokok dan korang tengok macam mana hasilnya dalam masa sebulan ni.

2.Jaga pandangan mata, berhenti menonton video lu**h

Tidak dinafikan dengan kecanggihan teknologi sekarang ini semua benda sudah ada di hujung jari berbeza pada zaman dulu. Sekarang ini dengan teknologi yang serba canggih, segala apa yang korang ingin tonton atau lihat berada di hujung jari je. Dan inilah yang sebenarnya akan menganggu gugat kekuatan diri dan iman kita sebagai seorang yang mempunyai agama. Menonton video yang Lu**h sememangnya jelas dilarang dan perbuatan itu adalah berdosa dalam ajaran Islam kerana ia juga tergolong dalam perbuatan Maksiat. Jadi seeloknya pada bulan Ramadan ini, tiba masa untuk berhenti sepenuhnya dari menonton atau melakukan perkara yang sia-sia ini.

3. Jaga adab bercakap, henti untuk bersikap sangka buruk.

Percakapan adalah suatu cerminan kepada sikap dan identiti seseorang. Jadi dalam konteks adab percakapan ini kita perlu sentiasa peka akan apa yang ingin diperkatakan dan tidak melepaskan kata-kata yang negatif sekaligus boleh mengeruhkan sesuatu perbualan. Untuk lebih senang faham setiap apa yang kita perkatakan perlu la ditapis atau jika kita tidak tahu atau tiada kaitan dengan kita lebih baik sahaja kita mengambil sikap untuk tidak masuk campur.

Jadi macam mana korang dah dapat kenal pasti tak yang mana tabiat yang korang patut berhenti ? Admin harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membawa kebaikan kepada pembaca dan semoga kita semua sentiasa berubah kearah kebaikan dan hari akan sentiasa lebih baik daripada semalam. Jangan lupa untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top