MANDI AIS TEKNIK CEPAT ‘RECOVER’ BADAN ?

Benarkah mandi Ais boleh mempercepatkan proses pemulihan badan & otot ? sebab ramai tengok atlet yang buat ? Pernahkah persoalan-persoalan seperti ini bermain di fikiran anda?

Baik pada kali ini, admin ingin mengupas secara ringkas tentang mandi ais atau turut dikenali ‘Cryotheraphy’.

Apa itu Mandi Ais ?

Mandi Ais adalah teknik dimana kita mandi menggunakan ais dengan cara berendam yang mana dipercayai dapat mengurangkan kesakitan serta memberi pemulihan terhadap otot malah ia sudah lama diamalkan lebih-lebih lagi untuk para atlet.

Jadi sejauh mana keberkesanannya? mandi ais ini sebenarnya ada pro dan kontra juga yang mana secara fizikal ia dapat mengawal kesakitan atau kekejangan selepas latihan selain mengekalkan kesegaran badan namun perlu diingat ia turut mempunyai kesan tersendiri.

Menurut kajian terbaru yang dijalankan, Mandi ais sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan dalam proses pemulihan tubuh dan otot atlet malah mandi ais mampu mengurangkan sumber protein dalam otot.

Nah, berbeza pula kan kajian ini dari apa yang kita ketahui selama ini. Namun bagi peribadi admin, mandi ais ini sebenarnya boleh sahaja diamalkan cuma kekerapan dan kaedah perlu dikawal supaya ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang lain. Kalau contoh sebelum ini mandi ais dilakukan secara kita berendam bersama ais, mungkin kaedah itu akan menyebabkan badan kita mengalami kemerosotan suhu secara cepat dan boleh menjejaskan bahagian dalaman badan.

Atau kita cuba mandi ais dengan menyiram sahaja air yang mengandungi ais bagi mengurangkan kadar kemerosotan suhu badan yang berlaku secara cepat, jadi ia dapat dikawal berbanding teknik berendam yang sebelum ini kita amalkan.

Mandi ais ni bagi orang Eropah memang tidak asing sebab kadang-kadang air yang keluar dari paip mereka pun dah sejuk, tapi bagi kita yang tinggal di negara beriklim sederhana panas ini mungkin akan memberi kesan oleh kerana genetik badan kita yang berbeza berbanding orang Eropah.

Jadi kesimpulannya, mandi ais atau mandi air biasa pun dua-dua memberi kesegaran kepada badan cuma apa yang perlu kita kawal sahaja.

Sekian sahaja perkongsian ringkas dari Admin dan Kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top