Piramid Makanan, mesti semua kita pernah dengar tentang Piramid Makanan ini kan? Dari zaman sekolah kita diajar tentang cara permakanan yang seimbang berpandukan Piramid ini betul tak? Namun sejauh manakah kita mengetahui tentangnya serta mengamalkannya ? Kali ini Power Mania ingin imbas semula tentang Piramid Makanan yang sepatutnya kita ketahui dan amalkannya supaya kesihatan badan kita berada pada tahap yang seimbang sepanjang masa.
Aras 1 (Tingkat Bawah Sekali)
Sayur-Sayuran dan Buah Buahan
Kenapa Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan berada pada tingkat paling bawah ? Ia kerana dua sumber makanan ini paling penting untuk kita jaga dan paling kerap untuk kita ambil. Makan buah-buah dan sayuran dapat menjaga badan dalam memperkuatkan imun serta membekalkan nutrisi yang diperlukan badan. Selain itu, dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran juga dapat mencegah beberapa penyakit kronik seperti diabetes, barah , serangan jantung dan lain-lain.
Saranan Power Mania, makanlah banyak sayur-sayuran serta buah-buahan kerana ia amat kaya dengan sumber vitamin dan yang paling penting ia murah dan senang untuk didapati. Makan sekurang-kurang 3 kali sehari bagi hidangan sayur dan 2 kali sehari bagi hidangan buah-buahan.
Contoh satu hidangan sayur-sayuran:
1⁄2 cawan sayur berdaun hijau gelap, dimasak
1⁄2 cawan sayur buah, dimasak
1 cawan ulam, mentah.
Contoh satu hidangan buah:
1 keseluruhan epal / pir / oren / mangga
1 keping betik / tembikai / nanas
1⁄2 keseluruhan jambu batu
2 pisang kecil keseluruhan (pisang emas)
1 pisang sederhana (pisang berangan)
8 biji anggur kecil.
Aras 2 (Tingkat Dua)
Nasi, Bijirin, Roti dan Ubi
Ok kita pergi ke Tingkat 2, di Tingkat ini kita boleh lihat adanya Nasi, Bijirin, Roti dan Ubi untuk kita ambil sepanjang hari. Sumber makanan ini perlu kita ambil bagi membekalkan tenaga serta memberi sumber karbohidrat yang diperlukan sepanjang hari. Namun perlu diingat pengambilan sumber makanan ini perlu dikawal dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja terutama sekali mereka yang sedang mengamalkan diet.
Makan sekurang 3-5 kali sehari mengikut kadar yang betul mengikut keperluan individu masing-masing.
Aras 3 (Tingkat Tiga)
Susu dan Produk Tenusu
Ikan, Ayam, Telur dan Daging
Pada Tingkat 3 terdapat dua pecahan iaitu susu dan produk tenusu serta Ikan, Ayam, Daging dan Telur. Apa maksudnya itu? Susu dan produk tenusu juga perlu kita ambil dengan kadar yang tertentu setiap hari bagi mendapatkan khasiat kalsium yang diperlukan dalam memperkuatkan tulang serta sendi-sendi badan. Selain itu bagi Ikan, Ayam, Daging dan Telur pula, ia perlu diambil bagi membekalkan sumber protein semulajadi untuk menjaga keperluan badan dalam melakukan aktiviti seharian. Sumber-sumber seperti ini jika tidak diambil tidak boleh juga kerana badan amat memerlukan sumber protein bagi menjaga keseimbangan pertumbuhan badan selain ia turut memberi tenaga.
Aras 4 (Tingkat Paling Atas)
Lemak, Minyak, Gula dan Garam
Kenapa Lemak, Minyak, Gula dan Garam berada yang paling atas sekali ? Kerana ia adalah sumber yang kita perlu hadkan pengambilannya dan ia dianggap sekadar penambah rasa sahaja dalam makanan dan diambil jika diperlukan sahaja. Seperti contoh Gula dan Garam, kita ambil hanya untuk menambahkan rasa sedikit manis dan masin dalam hidangan, ia tidak perlu diambil banyak cukup sekadar satu sudu kecil. Kenapa ia perlu diambil sedikit sahaja? kerana ia tidak mempunyai khasiat tambahan yang diperlukan badan ia hanya memberi rasa sewaktu kita makan sahaja.
Jadi sudah jelas bukan? mengapa Piramid Makanan ini dibuat ia kerana untuk memberi panduan yang jelas dan senang untuk difahami dalam kita menjaga kesihatan tubuh badan. Jadikan panduan kita sepanjang masa khusus bagi mereka yang sedang fokus untuk menjaga kesihatan badan. Terima Kasih kerana membaca perkongsian daripada Power Mania, Ingat nak kekal aktif dan sihat, Ingat Power Mania.
“养生” adalah istilah dalam Bahasa Cina yang merujuk kepada rangkaian amalan untuk mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan fizikal. Ini termasuk pemakanan yang sihat, senaman, gaya hidup yang teratur, dan pelbagai kaedah lain untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental. Erti Praktik 养生 merujuk kepada cara hidup dan amalan yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Kesan-kesan yang mungkin terdapat termasuk peningkatan kesihatan fizikal, penurunan risiko penyakit, peningkatan tahap tenaga, dan peningkatan kesejahteraan emosi. Penting untuk diingat bahawa kesan-kesan ini mungkin berbeza bagi setiap individu dan bergantung kepada sejauh mana mereka mengamalkan praktik 养生 dengan konsisten.Saya harap idea ini boleh membantu banyak generasi menjadi badan cergas.