Makan banyak tapi tetap kurus. Ini 5 penyebab utama anda susah nak naik berat.

Mesti bestkan orang yang makan banyak tapi tetap kurus.. tak perlu fikir nak buat senaman atau perhabiskan duit untuk bayar coach semata-mata untuk diet..Apa penyebab golongan sebegini dapat kekalkan berat badan macam ni ? adakah ia bagus atau tidak untuk kesihatan ?

Baik.. Memang wujud golongan mereka yang makan banyak tapi badan mereka tetap kurus dan tak memberi kesan kepada berat badan.. Ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya:

1. Hipertiroidisme

Menurut satu laporan antarabangsa, keadaan tiroid yang terlalu aktif atau dipanggil hipertiriodisme dapat menyebabkan lebihan tiroid dalam tubuh.

Hormon tiroid bertanggungjawab ke atas pelbagai elemen metabolisme manusia termasuk kelajuannya. Individu dengan masalah ini memiliki metabolisme yang aktif dan sering membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.

Tanpa rawatan yang tepat, hipertiroidisme menyukarkan penambahan berat badan walaupun makan dengan banyak.

Contoh Keadaan pengidap Hyperthyrodism yang mana pembesaran di bahagian kelenjaran tiroid boleh menyebabkan pengeluaran hormon metabolisma yang tinggi yang menyukarkan berat badan untuk naik.

2. Diabetes jenis 1

Diabetes jenis 1 adalah keadaan autoimun di mana tubuh menghancurkan sel-sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab untuk metabolisme glukosa.

Ketika diabetes jenis 1 tidak dikawal, hal itu dapat menyebabkan kadar glukosa dalam darah meningkat yang kemudiannya dibuang melalui air kencing.

Apabila glukosa ini tidak diserap, ia menyebabkan penurunan berat badan yang drastik.

3. Keradangan usus

Seseorang yang sukar menaikkan berat badan berkemungkinan menghidapi masalah keradangan usus. Keadaan ini menyebabkan seseorang sukar makan dalam jumlah yang banyak.

Penyakit ini juga menyebabkan seseorang lebih kerap membuang air besar, yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan.

4. Genetik

Terdapat golongan yang mempunyai berat badan yang rendah secara semulajadi kerana karakteristik fizik daripada genetik keluarga.

Faktor genetik mempengaruhi keadaan bentuk badan seseorang dari segi berat, tinggi serta warna kulit.

5. Makanan rendah kalori

Kurang mengambil makanan berkalori juga boleh menyebabkan badan tetap kurus. Keadaan ini boleh terjadi ketika seseorang hanya makan makanan dengan kepadatan kalori rendah meskipun jumlah yang banyak.

Beberapa jenis makanan rendah kalori termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, sup dan air putih.

Jadi kesimpulannya, makan banyak tapi tetap kurus bukanlah satu kelebihan bagi seseorang individu kerana ia turut mempunyai beberapa kesan terhadap kesihatan. Kepada mereka yang mengalami keadaan seperti ini disarankan supaya melakukan pemeriksaan kesihatan dengan pihak pakar supaya dapat mengetahui ia baik atau ada kesan untuk kesihatan kita.

Admin harap perkongsian ini membawa manfaat kepada pembaca dan Ingat untuk terus Kekal Aktif & Sihat dengan Powermania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top