LELAKI BERSENAM LEBIH SUBUR?

Ini adalah artikel ringkas berkenaan masalah suami isteri yang bertahun lamanya belum mempunyai cahaya mata.
Ada satu situasi dimana si isteri mula menjalani saringan kesuburan di hospital untuk beberapa kali bagi mengesahkan tahap kesuburan dan keputusannya adalah normal!
.
Pakar perubatan keluarga menasihatkan si suami pula menghantar sampel sperma ke makmal untuk dianalisa bagi menentukan jumlah kuantiti sperma yang ada didalam semennya.
.
Dan keputusannya ,amat memeranjatkan apabila kuantiti sperma yang dianalisa kurang dari 1 juta!
.
Tahukah anda,

Kuantiti sperma yang normal ialah 20 juta dan keatas.Itulah yang diberitahu pakar perubatan keluarga kepada si suami tersebut.
Akibat daripada itu, hubungan suami isteri tersebut menjadi hambar.
.
Baik,
.
Berbalik kepada kenapa senaman sangat membantu lelaki menjadi subur,mari kita ikuti penerangan yang seterusnya.


Bersenam sangat bantu tingkatkan kuantiti sperma sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan cahaya mata.
Merujuk kepada satu kajian yang dijalankan oleh University of Harvard, lelaki yang bersenam seminggu 7 jam ke atas mempunyai 48% kepekatan sperma berbanding lelaki yang bersenam kurang dari 1 jam.
.
Manakala lelaki yang bersenam melebihi 1 1/2 jam dalam masa 1 minggu di luar (outdoor) mempunyai kepekatan sperma sebanyak 42% berbanding lelaki yang langsung tidak bersenam.
Untuk mereka yang menjalani latihan bebanan di gym,latihan selama 2 jam atau keatas seminggu akan mendapati peningkatan 25% kuantiti sperma berbanding mereka yang tidak menjalani latihan bebanan.
.

Berdasarkan kajian tersebut,pengkaji mendapati bahawa,lelaki yang bersenam di luar (outdoor) menunjukkan peningkatan dari segi paras Vitamin D yang juga dikenali sebagai ‘ Sunshine Vitamin’.
.
Dalam erti kata lain, ianya juga sangat membantu sperma aktif berenang dengan lajunya!
.
Bagi mereka yang aktif melakukan latihan bebanan di gym, kajian menunjukkan bahawa aktiviti ini sangat membantu peningkatan paras testosterone dan juga menambahbaik tahap sensitiviti insulin dimana kedua-dua faktor ini saling berhubungkait didalam menentukan kuantiti sperma yang ada didalam semen lelaki.
.
Silakan Share & Tag Rakan Anda Yang Ingin Tingkatkan Kualiti Hidup & Kesuburan Hormone
.

Semoga info ini bermanfaat💪💪💪
#powermanianutrition

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top