Latihan 20 Minit Sehari Untuk Dapatkan Chest Yang Mantap

Bersedia untuk memecahkan peluh dan membina Chest yang sempurna dengan melakukan latihan dada yang terbaik dari kami? Anda hanya perlu mengambil masa selama 20 minit sehari sahaja untuk membina otot Chest dengan pantas.

Sebenarnya, komponen dada setiap senaman mengambil masa hanya kira-kira 5 minit untuk dilakukan setiap 1 latihan. Anda akan menggunakan teknik superset dan tri-set dengan hanya sedikit rehat sahaja diantara latihan, ini akan membolehkan anda mengekalkan saiz dan kekuatan otot anda, serta menyebabkan berlakunya pelepasan hormon-hormon yang dapat meningkatkan hasil yang anda akan lihat pada dada anda nanti.

Bench Press

  1. Pegang bar melebihi lebar bahu dan pegang belakang supaya ada ruang di antara punggung bawah dan bangku.
  2. Turunkan bar ke sternum anda, kunci siku anda kira-kira 45 darjah ke sisi anda. Apabila bar menyentuh badan anda, tarik kaki anda ke lantai dan tolak bar keatas kembali.

Dumbbell Fly

  1. Bersandar di bangku datar dengan dumbbell di setiap tangan dalam keadaan menegak keatas.
  2. Biarkan sedikit bengkok di bahagian siku anda dan lebarkan lengan anda ke sisi, turunkan dumbbell sehingga selaras dengan dada anda. kembali ke posisi 1.

Dumbbell Row

  1. Pegang dumbbell ke arah bawah dalam keadaan badan tunduk, kemudian melutut sebelah kaki pada bangku dan sebelahnya pula pijak pada lantai.
  2. Tarik dumbbell secara menegak dari bawah keatas dalam sudut 90 darjah dan turunkan dumbbell ke bawah secara perlahan. Ulang seperti langkah 1.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top