LARANGAN BERJOGING, IA SCAM DARI Y**UDI BETUL KE ?

Tular satu video baru-baru ini dari seorang pengguna tiktok yang berkongsi satu kenyataan yang mengatakan aktiviti berjoging atau berlari ini adalah agenda Yahudi dan aktiviti ini bukan sunnah Rasulullah dan tidak harus jadi ikutan bagi umat Islam.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan respon, tidak kurang juga turut mendapat kecaman dari netizen.

Baik pada kali ini Power Mania ingin berkongsi pendapat mengenai perkara ini.

Sebenarnya aktiviti bersukan tidak kiralah berjoging, berbasikal, bersenam tidaklah menjadi halangan bagi sesiapa sahaja yang ingin melakukannya malah tidak juga menjadi larangan dalam agama khususnya agama Islam. Apabila ada yang menyatakan sesetengah aktiviti ini dilarang dan berdosa jika dilakukan ia mungkin bergantung kepada situasi atau keadaan ketika kita melakukan aktiviti tersebut.

Seperti contoh. Islam amat menitikberatkan penjagaan aurat yang mana seperti kita ketahui aurat adalah bahagian atau anggota tubuh badan yang wajib kita jaga daripada pandangan ajnabi atau bukan mahram.

Haa yang ini jika kita sebagai umat Islam tidak menjaganya dalam melakukan apa juga aktiviti sukan seperti joging dsbnya memang tidak boleh sebab telah melanggar syariat agama.

Namun berbalik kepada aktiviti berjoging ini jika kita menutup aurat, menjaga batas pergaulan serta pandangan ketika melakukannya, ia tidak menjadi larangan buat umat Islam dan juga bukanlah agenda sesuatu kaum untuk merosakkan pendirian agama masing-masing.

Kalau disentuh juga bab peralatan atau kelengkapan pakaian sukan yang kita pakai ketika melakukan aktiviti itu datang dari syarikat Yahudi, ia tidak menjadi suatu perkara yang besar kerana dewasakini banyak jenama dan peralatan sukan yang tidak ada kaitan pun dengan syarikat Yahudi atau dari negara haram lagi tidak diiktiraf dunia seperti Israel. Malah kini juga syarikat tempatan pun ada mengeluarkan pakaian sukan sendiri dan selesa dipakai setanding jenama-jenama besar.

Jadi secara konklusinya, Islam tidak melarang kita untuk berlari atau berjoging selagi mematuhi syarak. Malah Islam amat menganjurkan seseorang muslim memiliki badan yang kuat serta minda yang cerdas untuk terus beribadah kepadanya seperti yang terdapat dalam hadith “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim).

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata dan minda kita supaya menjadi seorang yang positif dalam segala hal. Dan jangan lupa untuk terus kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top