KURANG TIDUR PUNCA BERAT NAIK

Sejak bertahun lamanya, kita mengetahui bahawa punca berat badan meningkat adalah disebabkan amalan pemakanan yang tidak dikawal dengan betul dan kurangnya aktiviti bersenam namun adakah anda tahu bahawa punca berat badan naik juga adalah disebabkan oleh anda kurang mendapat tidur yang secukupnya.

Ya, perkara ini telah disahkan oleh sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa untuk mengawal berat badan adalah perlu mendapat tidur yang cukup bagi memastikan organ dalaman badan dapat memproses serta menjaga sistem penghadaman dengan baik.

Penyelidik juga memaklumkan bahawa bagi mereka yang tidak mendapat tidur yang cukup akan merembeskan hormon badan dengan cepat dan tinggi sekaligus mencetuskan rasa lapar yang berpanjangan.

Jadi perkara ini tidak mustahil berlaku kerana apabila anda kerap lapar maka anda akan kerap mengambil makanan walaupun badan anda belum bersedia untuk memproses makanan tersebut.

“Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah tips berguna,” kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu,” kata sekumpulan penyelidik.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

“Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan.”

Kesimpulannya, berat badan ini akan berlaku disebabkan amalan gaya kehidupan kita yang tidak seimbang. Oleh sebab itu, bukan sahaja kita disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang malah rehat dan tidur yang seimbang juga amat dititikberatkan dalam kehidupan yang sihat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Dan ingat untuk terus Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top