KESAN BURUK STEROID

Masih ramai lagi yang suka-suka hendak mengambil steroid. Tak sabar hendak kelihatan besar dan cantik luaran. Dengan steroid yang kini seolah-olah gula-gula di pasaran, mudah didapati. Mungkin ramai yang tidak tahu, di Malaysia sendiri pun banyak kes yang dilaporkan disebabkan penggunaan steroid. Antara kes yang rasanya ramai tahu, seorang meninggal di dalam kereta di sekitar Kuala Lumpur beberapa tahun lepas, atau mungkin seorang lagi yang agak bernama, meninggal selepas balik daripada latihan, dengar cerita urat berdekatan dengan kepala meletup kerana tekanan. Terlalu banyak kes tekanan darah tinggi dilaporkan disebabkan steroid anabolik. Kes saraf, dan jantung, rasanya ramai yang tahu siapa dan sebagainya. Tetapi ada peniaga steroid siap mengatakan terlalu sedikit kes dilaporkan semata-mata untuk melakukan produknya. Antara kesan sampingan penggunaan dadah sukan ini adalah:

Agresif:

Pengguna berubah tingkah laku menjadi agresif. Seorang pengguna steroid yang tidak boleh mengawal dirinya, cenderung untuk bertindak luar biasa seperti memukul isteri, anak-anak. Mudah naik angin. Menjadi seorang yang panas baran. Keagresifan seseorang mungkin berguna jika digunakan dalam latihan atau kerja seharian tetapi berapa ramai yang dapat mengawalnya

Jerawat:

Kebiasaanya jerawat akan naik pada seseorang yang tidak tahu cara mengawal kenaikan jerawat ketika menggunakan steroid anabolik. Masalah jerawat timbul apabila makan makanan berminyak. Kelenjar sebaceous merembeskan minyak pada kulit dengan diransangkan oleh androgen. Penggunaan steroid androgenik biasanya boleh menjadi teruk dan kemungkinan boleh merosakkan kulit.

Renjatan Anaphylaktik:

Renjatan anaphylaktik adalah reaksi alahan terhadap kehadiran protein asing dalam badan. Ia seperti yang biasa berlaku pada seseorang yang mempunyai alahan pada ubat tertentu, makanan tertentu dan sebagainya. Dengan masalah ini, kadang-kadang otot licin diransang untuk kontrak yang boleh menyekat seseorang daripada bernafas

Kecacatan Lahir:

Steroid anabolik boleh memberi kesan mendalam kepada pembangunan janin. Sidrom adrenal kemaluan adalah yang paling membimbangkan di mana janin perempuan boleh membangunkan organ pembiakan lelaki. Wanita tidak seharusnya menggunakan steroid anabolik atau ubat lain yang boleh memudaratkan janin dan sentiasa melakukan pemeriksaan doktor.

Pembekuan darah:

Penggunaan steroid anabolik meningkatkan masa prothrombin atau masa yang diambil untuk darah beku terbentuk. Ini dapat dilihat pada seseorang yang mengambilnya, jika berlaku pendarahan atau luka akan mengambil masa lama sedikit untuk darah berhenti.

Penyakit Kardiovaskular:

Penggunaan steroid anabolik boleh memberi kesan kepada tahap LDL (low density lipoprotein), HDL (high density lipoprotein) dan paras kolestrol. LDL membantu dalam pembetukan kolestrol atau plak pada dinding arteri. Pengguna steroid anabolik menurunkan kepekatan HDL dan meningkatkan LDL.

Kanser:

Ada jenis steroid boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Antaranya sebatian alfa alkylate seperti anadrol 50. Steroid jenis cucuk kurang memberi tekanan pada hati berbanding jenis makan. Penggunaan steroid anabolik biasa dikaitkan dengan peningkatan aktiviti plasma oleh enzim hati seperti aspartate aminotransferase, alanine aminotransferase, alkaline phosphatase, lactate dehydrogenase, and gamma glutamyl transpeptidase. Kes kanser kurang dilaporkan tetapi kerosakkan hati merupakan perkara biasa bagi pengguna steroid anabolik.

Kemurungan:

Penggunaan steroid jelas akan memberi kesan kepada paras hormon dalam badan yang seterusnya mengakibatkan perubahan pada perasaan. Kemurungan berlaku apabila peningkatan androgen atau estrogen yang ketara. Ini adalah biasa bagi pengguna lelaki. Dalam tempoh menghentikan penggunaan steroid, paras estrogen mungkin ketara tinggi dengan tahap testosteron yang rendah.

Gynecomastia:

Kesan Gynecomastia adalah pembangunan tisu payudara wanita dalam badan lelaki. Ini berlaku apabila paras estrogen meningkat disebabkan pengguaan androgen kuat seperti testosteron, dianabol (love), anabol (bintang) dan sebagainya. Estrogen berlebihan bertindak ke atas reseptor di dalam payudara dan merangsang pertumbuhan tisu buah dada.

Tekanan Darah Tinggi:
Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan penggunaan steroid yang melibatkan penukaran estrogen seperti testosteron dan sebarang metabolic blocker. Peningkatan estrogen meningkatkan paras air dan garam dalam badan dengan ditambah tekanan pada latihan bebanan juga penambahan berat badan yang mendadak.

Keguguran Rambut:

Kehilangan rambut dikaitkan dengan tahap androgen khususnya DHT metabolite lebih kuat testosteron. Istilah teknikal untuk rambut gugur jenis ini adalah androgenik alopecia yang merujuk kepada interaksi kedua0dua hormon lelaki androgenik dan kecenderungan genetik.
Sistem Imunisasi
Pengguna steroid anabolik menunjukkan penurunan sistem imunisasi. Jika terdedah pada virus, bakteria merbahaya, senang mendapat jangkinan. Sekiranya demam, akan demam teruk.

Pembedahan buah pinggang:

Kerosakan Buah Pinggang
Fungsi buah pinggang adalah menapis dan menyingkirkan produk sampingan daripada badan termasuk steroid yang mana sebahagiannya disingkirkan melalui air kencing. Kerosakan buah pinggang paling mungkin berlaku apabila pengguna steroid ada tekanan darah tinggi.

Kerosakan Hati:

Kerosakan hati yang ketara pada pengguna C17 sebatian alfa alkylate. Dalam beberapa keadaan boleh menyebabkan kerosakan teruk. Salah satu penyakit biasa dikaitkan dengan pengguna steroid anabolik adalah hepatitis peliosis dimana hati membentuk penyimpanan darah sista. Penggunaan steroid anabolik juga meningkatkan paras toksik di hati.

Pembesaran Prostat:

Kanser prostat adalah kanser yang biasa pada seorang lelaki. Komplikasi prostat dipercayai disebabkan hormo androgenik. Baca entri Kanser Prostat.

Pengecutan Testis:

Disebabkan ada penyaluran hormon testosteron daripada luar, testis akan mematikan operasinya. Badan manusia cenderung untuk berada dalam keadaan seimbang dari segi hormon. Kecenderungan ini dikenali sebagai homeostasis. Apabila berlaku mekanisme tidak balas di mana hipotalamus mengesan tahap hormon yang tinggi, ia akan mematikan pembebasan GnRH (hormon gonadotropin).

Retansi Air dan Garam:

Kebanyakan steroid anabolik meningkatkan retansi air dan garam dalam badan. Badan nampak sebu. Peningkatan retansi air dan garam boleh membawa kepada masalah seperti tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

Hidup sihat dan gembira tanpa dadah

https://blog.powermanianutrition.com/

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on tumblr
Tumblr
Share on skype
Skype
Share on google
Google+

DAPATKAN PRODUK TERKINI DARIPADA POWER MANIA!

Berbelanja di website untuk dapatkan harga yang lebih rendah!!

ARTIKEL LAIN

Cara Kira Kalori Dalam Maklumat Pemakanan

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar

Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp