KENAPA AKTIVITI LARIAN SEMAKIN DITERIMA MASYARAKAT MALAYSIA ?

Berlari.

Aktiviti sukan larian semakin diterima masyarakat dan kini kita dapat lihat setiap bulan akan ada sahaja penganjuran larian atau marathon yang diadakan bagi mengalakkan masyarakat untuk mengekalkan gaya hidup sihat melalui sukan larian.

Aktiviti seperti ini sememangnya baik dalam kita membentuk sebuah masyarakat yang sihat dan secara tidak langsung boleh menghalang serta mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu, aktiviti larian ini boleh disertai dari segenap lapisan masyarakat, umur dan kaum. Ini memperkuatkan lagi alasan untuk sesiapa sahaja untuk menyertai tanpa ada sebarang diskriminasi.

Bagaimana pula dengan kos atau wang yang perlu dibelanjakan untuk aktif dalam larian ini ?

TIDAK PERLU !. Ia aktiviti larian ini sebenarnya tidak memerlukan anda mengeluarkan duit pun. Cukup dengan hanya anda ada sepasang kasut sukan, seluar trek sukan dan baju sukan. Anda dah boleh lari di mana sahaja anda suka, di taman atau di kawasan perumahan berdekatan. Kalau memerlukan wang sekalipun apabila anda ingin sertai marathon yang memerlukan anda membayar yuran penyertaan.

Jadi bestkan aktiviti larian ni ? Jadi bagi admin kalau anda seorang yang tiada hobi, tapi anda nak start untuk amalkan gaya hidup sihat. Anda boleh mula berjinak-jinak dengan larian. Carilah masa yang sesuai untuk anda berlari pada waktu pagi atau petang kerana anda akan rasai perbezaannya sebaik anda lakukan.

Kesimpulannya, dalam hidup kita sebenarnya tiada alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa untuk sentiasa kekal aktif dan sihat dengan Powermania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top