Kenali Pengasas Power Mania Nutrition

Sesi Temubual Ekslusif Bersama Pemilik Power Mania Nutrition

 

Segmen temubual ekslusif yang ingin dipaparkan pada artikel kali ini adalah mengenai sebuah kisah inspirasi yang perlu dicontohi oleh anak muda masa kini. Kali ini saya berjaya menemuramah salah seorang usahawan muda tempatan terkenal yang kini namanya kian melonjak naik didalam bidang perniagaan sukan bina badan. Beliau adalah salah seorang pengasas kepada produk Power Mania Sport Nutrition. Rangkaian perniagaan beliau bukan sahaja gah didalam negara malah produknya mampu memecah masuk ke dalam pasaran negara Indonesia,Thailand dan Brunei produk beliau boleh dikatakan setaraf dengan produk-produk antarabangsa umumnya yang berasal dari negara-negara barat.

Lelaki ini memiliki kulit yang cerah, berwajah tampan serta mempunyai susuk tubuh yang amat sado, mampu membuat mana-mana wanita untuk jatuh hati kepadanya. Beliau adalah Mohd Nakir Shayuki,34 atau lebih dikenali sebagai BANGKIR. Beliau adalah anak jati yang berasal dari Bukit Payung, Terengganu. Beliau juga adalah berdarah kacukan Malaysia- Melayu Champa, maka tidak hairanlah jika wajah beliau mempunyai mirip-mirip seperti artis Kpop.

Ikuti temu bual khas bersama usahawan muda ini bagi mengenali beliau dengan lebih dekat dan impiannya serta harapan dalam arena sukan bina badan ini.

PENULIS: Apakah pendapat anda mengenai sukan bina badan di Malaysia pada hari ini?
BANGKIR: Sukan bina badan semakin mendapat tempat dan perhatian di kalangan anak muda di Malaysia. Memiliki susuk tubuh yang berotot menjadi tren masa kini bagi kaum lelaki untuk tampil lebih gagah perkasa dan berkeyakinan.

 

PENULIS: Bilakah anda mula terlibat didalam sukan bina badan ini?
BANGKIR: Segalanya bermula pada tahun 2005, waktu itu saya menerima rawatan fisiotrapi akibat daripada kecederaan lutut(ACL) yang agak serius sekaligus memaksa saya untuk menggantung kasut bola dari arena sukan bola sepak atas nasihat doktor. Ketika saya menjalani fisiotrapi di gim, kelihatan ramai lelaki bertubuh sasa dan memiliki bentuk otot yang amat cantik sedang giat bermain alatan-alatan didalam gim itu. Disitulah bermulanya timbul perasaan minat untuk mencuba sukan bina badan pula kerana pada waktu itu saya telah nekad untuk memiliki tubuh yang berotot. Pada tahun itu jugalah, saya pergi ke gim secara serius dan konsisten. Di gim ini jugalah saya dapat mengenali lebih ramai otai-otai didalam sukan bina badan dan secara tidak langsung saya telah mendapat tips-tips yang berguna dari mereka untuk membina otot-otot saya dengan lebih berkesan lagi.

PENULIS: Ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang anda dan keluarga?
BANGKIR: Saya dilahirkan pada 7 March 1985 dan saya pernah mendirikan rumah tangga pada 15 February 2012 namun apakan daya jodoh tidak berpanjangan ianya berakhir pada tahun 2015 dan saya telah dikurniakan seorang cahaya mata yang amat comel dan manja iaitu Qaisara Humaira yang kini telah berusia 5 tahun.

PENULIS: Apakah pengalaman berkerja anda sebelum anda bergiat aktif di dalam sukan bina badan ini?
BANGKIR: Pernah bekerja ditapak pembinaan selama setahun dan pernah juga menjadi foreman kereta di bengkel selama setahun. Bermula daripada tahun 2007, saya telah berhijrah ke 3 buah negeri iaitu Perak,Pulau Pinang dan kedah atas urusan kerja. Pada ketika itu saya adalah seorang pekerja promoter barangan kesihatan yang ditugaskan menjual barangan di setiap pasar pagi & malam di 3 buah negeri tersebut. Didalam kesibukan bekerja saya tetap meneruskan minat saya untuk terus membina otot-otot ditubuh saya.

PENULIS: Apakah aktiviti masa lapang yang sering dilakukan oleh anda?
BANGKIR: Biasanya selepas habis waktu bekerja, saya lebih gemar menghabiskan masa di Gimnasium dan ada kalanya saya juga akan mencari bahan-bahan rujukan mengenai penjagaan kesihatan dan kaedah pemakanan yang betul.

PENULIS: Ceritakan secara ringkas mengenai karier anda dan jawatan yang dipegang oleh anda pada masa ini?
BANGKIR: Saya bekerja Di Syarikat saya sendiri iaitu POWER MANIA SPORT NUTRITION dimana saya sendiri mengurus projek penjualan dan perancangan Syarikat.

PENULIS: Apakah cabaran peringkat awal yang anda hadapi sewaktu berusaha mencapai cita-cita anda iaitu memiliki tubuh badan yang berotot?
BANGKIR: Cabaran utama yang sering saya hadapi adalah kekangan dari segi kewangan. Umumnya, penglibatan dalam arena sukan bina badan memerlukan pengorbanan besar dari aspek kewangan terutamanya bagi perbelanjaan makanan tambahan dan penjagaan pemakanan. Perbelanjaan bagi menampung makanan tambahan ini mencecah ratusan hingga ribuan ringgit bagi memastikan badan saya mencukupi zat-zat yang dikehendaki bagi membina otot yang sasa dan padu. Selain itu, cabaran yang terpaksa ditempuh adalah mengenai cara pemakanan. Menjadi seorang atlet bina badan memerlukan penjagaan pemakanan yang rapi. Saya tidak boleh sewenang-wenangnya menikmati makanan lazat yang mengandungi kuantiti minyak dan gula berlebihan. Jika saya ingin membuat persediaan dalam mana-mana pertandingan bina badan, saya memerlukan pengorbanan selama hampir 3 ke 5 bulan dalam mengawal pengambilan minyak dan tiada pengambilan gula.

Di samping itu, saya juga perlu bijak dalam membahagikan masa saya dalam menjalankan tugas-tugas hakiki sebagai seorang pengurus pemasaran dan penjualan serta masa untuk menjalankan latihan.

PENULIS: Apakah kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh anda selama berkecimpung didalam arena sukan bina badan ini?
BANGKIR: Antara pertandingan yang telah saya sertai adalah:

– Mr. PENANG 2011 – (Top5 bawah 65kg)
– Mr. Gym 1Malaysia Peringkat Kuala Terengganu 2011, (Tempat ke-2 dalam kategori 75 kg)
– Mr. Terengganu 2011, (Tempat ke-2 dalam kategori 75 kg – Mr Gym Terengganu 2011 ( Tempat ke -2 dalam kategori 70 kg
– Mr. Gym peringkat Kuala Terengganu 2012 Tempat pertama dalam kategori 75kg
– Mr Gym Rakyat 2012 Tempat pertama dalam kategori 75 kg
– Mr. Gym 1Malaysia peringkat Terengganu Light Middle (Tempat ke-2 kategori 75 kg )

PENULIS: Apakah yang mendorong anda sehingga berjaya mencapai tahap seperti sekarang ini?
BANGKIR: yang mendorong saya sehingga berjaya mencapa tahap seperti sekarang ini adalah dari semangat yang ada dalam diri saya sendiri untuk melakukan perubahan didalam hidup saya dan ianya juga dari doa orang tua saya yang tidak pernah putus untuk terus mendoakan kejayaan saya, setelah beberapa kali saya gagal dalam perniagaan, akhirnya Allah telah menemukan saya dengan seorang rakan yang benar-benar ikhlas dalam membantu saya untuk berjaya didalam dunia perniagaan dan mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin BERJAYA dalam perniagaan yang diceburi serta menjadi pengeluar produk Supplement yang pertama di Malaysia dan mampu bersaing dengan produk-produk antarabangsa khususnya.

PENULIS: Jika anda tidak keberatan, bolehkah anda kongsikan beberapa tips kepada pembaca dalam menjaga diet harian dan cara permakanan yang sihat?
BANGKIR: Kadang kala kita sering mengamalkan sikap sambil lewa mengenai jadual pemakanan seharian dan mengambil remeh akan kepentingan sarapan pagi. Sebaliknya yang menjadi amalan kepada kebanyakan orang kita adalah dengan menggabungkan sarapan pagi dengan waktu makan tengahari (brunch). Hakikatnya amalan ini boleh dianggap kurang baik untuk rutin harian dalam menjaga pemakanan yang sihat.
Jadual pemakanan yang ideal dalam menjaga pemakanan adalah dalam lingkungan waktu berikut:

Sarapan pagi: 7.00 – 9.30 pagi.

Makan tengahari: 12.00 – 2.00 petang

Makan malam: 6.30 – 9.00 malam

1. Sarapan
Kita digalakkan untuk meminum segelas air kosong selepas bangun dari tidur bagi memastikan kelancaran kepada sistem penghadaman kita. Selain itu, pengambilan bijirin yang sesuai dengan sarapan dan diet serta dengan susu yang rendah lemak. Bijirin tersebut boleh dicampurkan sedikit buah-buahan agar ia lebih beraneka rasa. Kita juga boleh mencuba menu sarapan lain dengan memakan oat. Kandungan yang terdapat di dalam oat dapat melancarkan sistem pencernaan pada badan, sekaligus dapat mengatasi masalah sembelit dan mengecilkan ukuran pada pinggang.

2. Makan Tengah Hari
Makan tengah hari adalah amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita. Makanan yang paling sesuai untuk makan pada waktu tengah hari, satu daripadanya ialah nasi. Kandungan kanji pada nasi akan membekalkan tenaga kepada badan kita. Namun, kandungan nasi yang diambil hendaklah berpada-pada kerana jika berlebihan, ia akan menaikkan berat badan.

Kepelbagaian jenis makanan di negara kita terutamanya masakan Melayu yang terkenal dengan lemak dan berminyak. Santan mempunyai lemak tepu yang boleh mengakibatkan obesiti dan secara tidak langsung boleh mengundang kepada penyakit berbahaya seperti serangan jantung dan strok. Pastikan kawalan terhadap kandungan santan di dalam masakan dan makanan.
Secara amnya, makanan berminyak juga antara penyumbang terbesar kepada masalah obesiti. Cuba kurangkan makanan berminyak dengan alternatif lain seperti kukus dan panggang. Perbanyakkan makan sayur-sayuran seperti brokoli, bayam dan sawi dan juga protein seperti daging putih contohnya ikan dan ayam bagi memastikan badan anda mendapat zat yang mencukupi.

3. Makan Malam
Makan pada waktu malam memainkan peranan penting untuk memastikan diet berjaya. Jika kita berpendapat bahawa tidak mengambil makan malam boleh mempercepatkan penurunan berat badan, ternyata ianya salah sama sekali. Tidak mengambil makan malam dan membiarkan diri kelaparan akan menyebabkan kesihatan terjejas seperti imsomnia. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan makanan yang diambil tidak terlalu berat. Makanlah sekadar yang perlu iaitu kandungan nasi yang tidak banyak. Bihun juga antara hidangan yang sesuai pada waktu malam. Adalah disarankan untuk lebihkan pengambilan ikan kerana kandungan Omega 3 yang ada pada ikan dapat membantu sistem penghadaman pada siang hari. Namun begitu, pengambilan makan malam pada awal malam adalah digalakkan kerana jika makan pada lewat malam akan menyumbang kepada masalah obesiti dan punca berat badan berlebihan.
Suka atau tidak, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber penting untuk membantu dalam resepi diet. Di samping penjagaan makan tesebut, perlu diingatkan untuk melakukan senaman bagi memastikan penjagaan kesihatan berkesan dan efektif. Diharap tips saya ini boleh membantu untuk diet seharian kepada pembaca di luar sana.

PENULIS: Selain daripada perniagaan sukan bina badan ini, adakah anda terlibat dengan mana-mana aktiviti sampingan yang menjana “side income” kepada anda??


BANGKIR: Setakat ni saya pernah terlibat dalam pembikinan filem Polis Evo dan Drama Tv dengan hanya memegang watak sampingan. Di samping itu juga, saya juga sering terlibat dalam bidang Modeling untuk pengkilanan billboard dan majalah.

PENULIS: Apakah rancangan pembagunan kerjaya anda di masa hadapan?
BANGKIR: Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang lebih berjaya dimasa akan datang dan dapat membantu rakyat Malaysia amnya dalam mencapai sasaran sebagai usahawan yang berjaya dibawah Syarikat Power Mania Sport Nutrition sebagai pengeluar makanan nutrisi yang pertama di Malaysia dan membantu rakyat Malaysia yang mempuyai masalah agar hidup lebih sihat dengan menggunakan produk kesihatan Power Mania.

PENULIS: Siapakah idola anda dan mengapa anda memilih beliau?
BANGKIR: Idola saya Abdul Rahman bin Auf, Seorang Jutawan Islam di zaman Rasulullah. Beliau tidak mengambil kesempatan didalam perniagaan dan tidak pernah mengkhianati saudaranya walaupun beliau menerima tawaran yang lumayan termasuklah memilih salah seorang daripada Isteri saudaranya.

PENULIS: Sebelum kita mengakhiri temubual ini. Apakah kata-kata nasihat yang anda ingin kongsikan kepada pembaca?
BANGKIR: Apa yang saya ingin sampaikan kepada diri saya dan rakan-rakan diluar sana adalah dalam perniagaan haruslah memiliki jati diri yang kental dan tidak mudah berputus asa dengan Rahmat Allah, dan sentiasa terapkan prinsip usaha, gigih dan berdikari dalam mencapai sesuatu kejayaan.
Amanah: kecemerlangan yang diperolehi dalam perniagaan juga banyak bergantung kepada sifat didalam diri kita. Amanah adalah salah satu sifat yang harus diterapkan kepada setiap individu dalam menjamin kejayaan didalam bidang keusahawanan.
Taat: peribadi yang soleh dan taat kepada Allah swt pula menjadi modal utama yang menjana kemajuan gemilang dalam kerjaya sebagai seorang ahli ekonomi dan usahawan. Peribadi ini diiktiraf oleh Baginda Kita Rasulullah saw dengan sabdanya: “Tidak akan dicabut roh seseorang Nabi sehingga ia sembahyang di belakang seorang lelaki yang soleh dari umatnya.”
Sedekah: membelanjakan sebahagian harta ke jalan Allah dan jangan diantara kita mempuyai sifat kedekut dan bakhil kerana ia adalah sifat tercela yang merosakkan hubunggan damai dan harmoni sesama Muslim.

PENULIS: Terima kasih kerana sudi ditemuramah dan semoga akan terus berjaya dalam bidang perniagaan.
BANGKIR: Sama-sama Khairul Azizi, saya berharap perkongsian ini bakal berikan manfaat dan mesej yang berharga kepada pembaca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top