KEMPIS PERUT DENGAN PANTAS, KHAS BAGI ABAM BONCIT

Walaupun ada orang kata memiliki perut boroi ini seorang yang romantik tapi perlu diingat ia juga boleh merisikokan kesihatan kita jika ia terus membesar dan tidak dikawal dengan baik. Baik pada kali ini admin ingin kongsikan beberapa tips yang berkesan untuk anda kempiskan perut boroi sekaligus dapatkan bentuk badan yang sihat.

1.Mengenali apa yang anda makan

Adakah anda tahu apa kelebihan pada setiap makanan yang anda ambil setiap hari ? atau anda sekadar makan untuk memuaskan nafsu makan sahaja dan untuk kenyang semata-mata. Baik untuk kita memastikan kesihatan kita sentiasa dalam keadaan baik, amat penting untuk kita mengetahui setiap kesan dan kelebihan pada makanan yang kita ambil seperti contoh kita makan ayam goreng, apa yang terkadung di dalamnya. Memang ayam ini tinggi dengan sumber protein tapi apabila ia digoreng sehingga berminyak bukan setakat kaya dengan protein malah ia turut sekali kaya dengan lemak dan kolestrol.

2.Minum air putih dengan secukupnya

Minum air putih dengan cukup ya, bukan air starbucks dengan cukup tapi air putih atau air kosong. Kenapa pentingnya kita perlu perbanyakkan minum air putih ini, ia selain membekalkan oksigen yang cukup untuk badan, air putih juga berfungsi untuk melancarkan proses penghadaman yang mana amat penting untuk badan kita menghadam dengan cepat apa yang kita makan setiap hari. Jika proses penghadaman ini terganggu sebab itu perut kita akan menjadi pusat pengumpulan sisa-sisa makanan yang tidak dapat dicerna dengan baik sekaligus menyebabkan perut menjadi buncit malah yang lebih menakutkan lagi ia akan menjadi pusat untuk segala penyakit.

3.Banyakkan pergerakan jangan malas

Baik seterusnya kita perlu untuk banyakkan pergerakan setiap hari. Sesetengah orang akan mengesyorkan untuk bersenam dan bersukan tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak ada masa untuk melakukan senaman dan bersukan?. Anda boleh banyakkan pergerakkan dengan sentiasa berjalan kaki setiap hari seperti contoh pada waktu lunch, daripada anda pergi ke kedai makan dengan menaiki kenderaan anda boleh pilih untuk berjalan kaki sahaja. Tapi jauh la nanti penat macam mana, haa itu alasan orang yang malas dan sampai bila-bila anda tidak akan berjaya kempiskan perut anda. HA HA HA *gelak Azri Walter.

4.Kurangkan Stress & Sentiasa Healing Sampai Pagi

Sekarang ni nak kurangkan stres senang je layan je lagi healing sampai pagi kan? hahaha. Ok baik cara yang betul untuk kurangkan stres adalah anda berhenti seketika jangan paksa diri melakukan sesuatu sebaliknya ambil masa untuk berehat dan buat perkara yang anda rasa anda boleh hilang stres seperti contoh main game, layan tiktok tapi bagi admin, admin lebih suka tidur. Terserah mengikut cara masing-masing ya.

Jadi jelas dan dapat sesuatu bukan ? Baik demikian sahaja perkongsian admin pada kali ini dan semoga ia dapat membantu anda mereka yang masih lagi menyimpan perut boroi. Come on man ni dah 2023, hidup kena mesti ada perubahan dan badan pun mesti berubah. Sekian sahaja dari admin dan jangan lupa untuk Kekal Aktif Dan Sihat Dengan Power Mania.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top