Salam 10 Ramadan buat semua muslimin dan muslimat, diharap semua berada dalam keadaan sihat dan aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Pada kali ini Power Mania ingin berkongsi secara ringkas Tips kekalkan otot di bulan Ramadan. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak ‘Maintain’ otot atau muscle, nak ‘continue’ workout tapi tengah puasa kan? Jangan risau bulan Ramadan ini bukan penghalang buat mereka yang berotot untuk mengekalkannya. Hanya dengan amalan dan tips yang betul, otot anda akan dikekalkan seperti biasa malah boleh bina otot bagi mereka yang berazam untuk tampil berotot pada hari Raya nanti.
Berikut Tips Kekalkan Otot Khas kepada anda:
1.Latihan berat.
Latihan yang anda kena fokus adalah latihan kompaun. Antaranya ialah squat, bench press, deadlift, barbell row, dan overhead press. Jangan tinggal mana-mana senaman ini! Gunakan berat yang anda boleh buat 3-5 rep, dan buat 5-6 set. Anda boleh habis dalam sejam sahaja. Rehat 1 minit antara set. Latihan berat akan paksa otot anda untuk bertahan dan tidak akan terurai berbanding latihan ringan.
2.Latihan bodyweight
Bulan puasa ni mesti rasa berat nak pergi gym bukan? Tiada masalah anda boleh lakukan latihan bodyweight seperti push-up,pull-up dan bodyweight squat. Gabungkan dengan variasi explosive seperti clap push up dan jumping squat untuk beri rangsangan cukup kepada otot. Jika boleh, pakai beg berisi buku untuk dijadikan beban. Buat 10 rep, rehat 45-60 saat, dan ulang dalam 10 set sehari.
3.Pemakanan yang betul di Bulan Ramadan
Pada bulan biasa, kebiasaan kita boleh mengawal permakanan kerana kita boleh makan pada waktu pagi dan petang. Untuk bulan puasa, kita hanya ada waktu yang singkat untuk makan jadi sudah tentu kita makan tanpa dikawal kerana tidak makan pada waktu pagi dan petang. Jadi bagaimana cara nak pastikan makanan yang kita ambil mencukupi untuk badan khusus dalam mengekalkan otot.
-Waktu sahur, makan yang tinggi karbohidrat dan minum protein anda. Hydro Whey Isolated antara yang terbaik digunakan dalam bulan puasa.
-Bergantung pada waktu latihan (sama ada sebelum atau selepas berbuka), dapatkan karbohidrat secukupnya bersama protein.
-Kalau anda rasa masih tak cukup makan, cuba ambil separuh serving Hydro Whey Isolated selepas berbuka dan selepas tarawih.
Diharapkan penerangan ringkas ini dapat membantu mereka untuk mengekalkan otot dan terus aktif sepanjang bulan Ramadan. Jangan lupa untuk dapatkan produk suplemen dari Power Mania bagi membantu anda untuk mengekalkan bentuk badan serta membina badan impian anda secara berkesan. Dapatkan COMBO SADO RAYA dari Powermania yang menawarkan set ‘Sado’ Whey Isolated+MGH serta anda boleh memilih salah satu lagi Hypermaxx atau BCAA dengan harga serendah RM285 SAHAJA, Apa tunggu lagi hubungi kami sekaranggg !!!
Hubungi atau Whatsapp: 013-3905526 (POWER MANIA NUTRITION)