Kekal Aktif pada musim cuaca yang tidak menentu. Ikuti langkah ini

“Kalau dah pagi, petang asyik hujan je macam mana nak bersukan ? ala skip jela bersukan, tidur lagi best”

Ayat-ayat macam ni la yang menyebabkan kita lagi malas nak melakukan aktiviti jasmani atau bersukan.

Sebenarnya untuk kekal aktif, cuaca yang tidak menentu tidak boleh dijadikan alasan kerana terdapat cara lain lagi untuk kita melakukan senaman atau bersukan.

Berikut langkah yang anda boleh amalkan untuk terus kekal aktif di musim cuaca yang tidak menentu.

#1. Hadkan masa untuk bersukan di luar

Jangan terus tak keluar, nanti berhabuk basikal/kasut sukan.

Jika sebelum ini anda berbasikal sehingga 4-5 jam sehari, pendekkan masa ke 1-2 jam untuk perjalanan pergi dan balik. Sama juga seperti berjogging, 30 minit sehari sudah memadai untuk anda melepaskan gian beriadah. Pantau corak jadual hujan turun di kawasan anda, dan rancang waktu anda sebaiknya.

#2. Gantikan dengan sukan di ruang berbumbung

Hujan atau tidak, tak ada sebab untuk dibatalkan.

Masa untuk cuba aktiviti baru atau yang hampir serupa. Jika selalu bermain bola padang, boleh bertukar ke futsal. Sertai geng-geng baharu di gelanggang badminton atau berkunjung ke pusat riadah indoor seperti Escape Park, Air Rider, Jumpstreet atau kelas berbasikal flycycle!

#3. Hindari, elakkan diri, jauhi aktiviti akuatik di luar

Fenomena air pasang, kepala air, banjir, ribut. Terlalu berisiko dan tidak berbaloi.

Senarai hitamkan aktiviti yang melibatkan lokasi-lokasi di bawah:

  • Air terjun
  • Sungai
  • Paya
  • Lombong
  • Terusan
  • Tasik
  • Laut
  • Taman tema air

Anda masih boleh memilih alternatif kolam renang tertutup, tidak kurang juga pusat membeli-belah yang menawarkan aktiviti sukan air. Ada bajet lebih? Kini terdapat pelbagai jenis kolam mudah alih yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Jadi dapat sesuatu ? semoga perkongsian ini dapat membawa manfaat kepada pembaca dan terus Kekal Aktif dan Sihat dengan Powermania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top