KEKAL AKTIF BULAN RAMADAN. STRATEGI DAN TIPS

Tinggal hanya seminggu lagi sebelum kedatangan Bulan Ramadan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam, apakah persiapan diri kita bagi menyambut kedatangan Ramadan ? Sudah tentu diantara kita sudah mempunyai perancangan tersendiri bagi memanfaatkan sebaiknya bulan Ramadan ini. Ramadan mengajar kita erti kesabaran untuk menahan lapar serta mengikat hawa nafsu walau bagaimanapun ia bukan menjadi halangan untuk kita tidak aktif malah sebaliknya Ramadan banyak membantu untuk kita menjaga kesihatan. Untuk melakukan rutin latihan sepanjang bulan Ramadan ? ia tidak menjadi masalah dan latihan boleh tetap dilakukan dengan cara yang betul serta berkesan.

Disini, Power Mania ingin kongsikan tips dan senaman untuk kekal aktif sepanjang bulan Ramadan.

1.PEMAKANAN YANG BETUL

Utamakan pengambilan protein yang mencukupi iaitu 2g/kg of bodyweight. Kerana protein amatlah penting untuk proses pemulihan dan pembinaan otot anda. Tanpa protein yang mencukupi, badan anda akan lambat recover daripada workout yang sebelumnya. Seterusnya barulah anda fokus kepada karbohidrat, lemak dan mikro nutrisi yang lain bagi melengkapkan hidangan anda.

2.PENGAMBILAN AIR YANG SECUKUPNYA

Kandungan air dalam badan yang rendah di bulan puasa ini selalunya mendatangkan pelbagai masalah seperti bibir kering, haus, badan lesu, kurang bertenaga, dan boleh menyebabkan dehidrasi yang teruk jika tidak diatasi dengan cara yang betul. Maka pengambilan air yang mencukupi sewaktu berbuka sehinggalah sahur perlu dititikberatkan. Pastikan selepas berbuka, anda minum setiap jam sehingga tiba waktu sahur(kecuali tidur) bagi memastikan badan anda sentiasa terhidrat untuk keesokan hari. Sekurang-kurangnya 2.5 litre.

3.MAKANAN TAMBAHAN.

Pengambilan supplement seperti Whey Isolated Powermania mampu bertindak untuk penyerapan nutrisi  serta merta dan lebih sesuai digunakan sejurus selepas sesi workout anda. Pengambilan Muscle Growth Hormone (MGH) Powermania juga penting bagi memenuhi keperluan mikro nutrisi badan yang kurang akibat berpuasa dan menambahkan tenaga ketika melakukan latihan selain ia dapat mengekalkan otot badan.

4.RUTIN FITNESS/CORAK LATIHAN.

Haruslah anda ingat, bahawa bulan puasa bukanlah masanya untuk anda bersenam 100% seperti di bulan yang lain. Disebabkan corak pemakanan yang berbeza dan terhad, rutin latihan anda seharusnya diteruskan hanya untuk mengekalkan tahap fitness anda.

  • Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini rutin anda di gym selama 2jam dan sebanyak 5 kali seminggu, maka anda perlu mengurangkan volume atau intensity rutin anda kepada kadar 60 %. Iaitu 3 kali seminggu dan tidak lebih dari 1 jam setiap sesi.
  • Corak latihan juga perlu diubah dan lebih fokus kepada compound movement seperti bench press ,squats,shoulder press, deadlift dan sebagainya. Focus kepada total body workout.
  • Kurangkan latihan isolation kerana ini akan memberi stress yang terlampau pada otot.
  • Latihan kardiovascular seharusnya dielakkan kerana ini boleh membuatkan anda kehilangan air dalam badan dan seterusnya boleh menyebabkan anda pitam, pengsan, dan lesu sewaktu berpuasa.
  • Sekiranya anda biasa tertumpu kepada latihan kardiovaskular, cukuplah sekadar melakukan interval training selama 10-15min yang mana untuk pengetahuan anda interval training amat bagus untuk melatih tahap kardiovaskular dalam waktu yang singkat.( sila rujuk rutin interval training di artikel coach yang sebelum ini.
  • Lakukan latihan kardiovaskular selepas berbuka.
  • Cuba elakkan melakukan latihan beban atau kardiovaskular sebelum waktu berbuka. Ini kerana badan anda sudah berpuasa untuk jangka masa yang panjang dan ketandusan nutrisi,air serta tenaga. Jika anda masih berbuat demikian, prestasi anda akan merudum dan tidak dapat perform dan recover dengan baik akibat tiada nutrisi yang mencukupi.

Kesimpulannya, Ramadan adalah bulan yang baik untuk fokus kepada aspek kehidupan. Bukan sahaja kita telah menunaikan rukun Islam yang ketiga malah ia turut menyihatkan tubuh badan. Semua adalah bergantung kepada diri kita sendiri dan dalam melakukan sesuatu tiada alasan untuk tidak berhasil selagi mana kita berusaha secara berterusan. Dan jangan lupa untuk dapatkan produk makanan tambahan keluaran Power Mania. Ingat nak aktif dan sihat, Ingat Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top