Joging jaminan untuk kurus ?

Aktiviti berjoging atau berlari ini sudah sinonim dengan masyarakat kerana ia dikatakan boleh meningkatkan stamina serta membantu dalam proses membakar lemak pada tubuh badan kita. Sejauh mana keberkesanannya berjoging dalam membakar lemak ? 

Kali ini Power Mania ingin mengupas mengenai adakah dengan berjoging sahaja dapat menjamin untuk kita kurus ?

Sebenarnya untuk membakar lemak tidak khusus kepada aktiviti berjoging sahaja, apa-apa aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota tubuh sebenarnya secara tidak langsung akan mengurangkan lemak serta meningkatkan ketahanan dan stamina badan sekiranya ia dilakukan secara konsisten dan teknik yang betul.

Berjoging adalah aktiviti paling popular di seluruh pelusuk dunia kerana aktiviti ini senang dilakukan dimana sahaja tanpa menggunakan peralatan malah ia juga dapat menjadi aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga.

Berjoging sememangnya akan membakar lemak kita sekiranya ia dilakukan secara konsisten serta mengikut tempoh yang tertentu. Mengikut pakar, proses pembakaran lemak memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 45 minit. Itu pun dalam 45 minit berjogging, anda tak gunakan lemak sepenuhnya kerana kandungan karbohidrat dan sumber tenaga lain masih ada. Ia boleh mencecah sehingga 2 jam berjogging untuk betul-betul bakar lemak.

Sejajar dengan itu, bukan semua orang mampu untuk berjogging 2 jam setiap hari. Mungkin ada yang hanya boleh jogging 20 minit sahaja, dan anda tak akan bakar lemak sangat dalam 20 minit tersebut. Tetapi, jika dilakukan dengan kerap, seperti 3-4 kali seminggu, tetap boleh mendatangkan hasil.

Apakah option lain yang bagus untuk anda gunakan? Semestinya, latihan bina otot menggunakan latihan rintangan. Tak semestinya main gym, malah calisthenics juga berkesan untuk membakar lemak. Senaman-senaman bodyweight juga bagus, tetapi ramai malas melakukannya. Saya paham kerana saya juga salah seorang daripada itu. Lebih mudah untuk deadlift 200kg daripada burpees 20 rep. Pilihan di tangan anda. Yang paling penting adalah konsisten berlatih dan jaga pemakanan harian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top