Jogging membuatkan anda rasa gembira

Seperti biasa kita dengar, joging mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan jika diamal, Antara kebaikannya ia dapat meningkatkan kecergasan, menurunkan berat badan serta memperkuatkan otot badan. Tapi ada satu lagi kelebihannya yang sangat istimewa iaitu joging akan membuatkan kita rasa lebih gembira dan menstabilkan semula mood diri kita. Kenapa ?

Joging atau berlari adalah satu aktiviti fizikal yang memerlukan kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan kelajuan dan jarak yang ditetapkan. Hal ini dapat memberi manfaat kepada tubuh badan baik jasmani ataupun rohani.

Dari segi jasmani atau fizikal, joging dapat meningkatkan kecergasan seseorang disebabkan pergerakan yang aktif  dilakukan. Selain kecergasan ia turut memperkuatkan saraf-saraf dan otot badan sekaligus dapat membakar lemak badan secara berkesan.

Dari segi rohani atau dalaman, Joging dapat merembeskan hormon dalam badan terutama hormon endorfin. Hormon endorfin adalah salah satu hormon terpenting dalam badan setiap orang manusia kerana hormon ini berfungsi dalam menstabilkan mood seseorang, memberikan rasa gembira dan memberikan keghairahan.

Oleh disebabkan itu, selepas sahaja kita melakukan joging atay berlari kita akan merasakan lebih tenang selain rasa lebih gembira sekaligus kita dapat memulakan sesuatu hari itu dengan baik.

Kesimpulannya, joging adalah aktiviti yang amat sesuai untuk dilakukan secara rutin kerana banyak kelebihan dan kebaikan yang kita bakal peroleh selepas melakukannya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan ingat untuk terus kekal aktif dan sihat dengan Powermania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top