JENIS-JENIS SUPPLEMENT & APA YANG SESUAI UNTUK KORANG ?

Bila sebut pasal gym suplemen ni memang beribu-ribu jenis ada dekat pasaran kan? dan selalunya kita akan tertanya-tanya supplement apa yang sebenarnya sesuai untuk badan kita sebab setiap suplemen ni berbeza dari segi fungsi dan  kegunaan.

Jadi untuk tak nak bagi korang keliru kali ini Power Mania ingin kongsikan jenis suplemen yang sesuai untuk korang ambil.

1.Whey Protein

Whey Protein adalah suplemen sejenis minuman yang membantu anda untuk meningkatkan serta mengekalkan otot anda. Jadi siapa yang patut ambil Whey Protein ini? Whey Protein sesuai diambil untuk mereka yang ingin membina otot serta mengembangkan saiz otot anda.

2.Mass Gainer

Berbeza dengan Whey Protein, Mass Gainer mempunyai fungsinya tersendiri kerana ia dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kurang berat badan dan ingin nampak berisi. Selain itu Mass Gainer turut berfungsi dalam menjaga keperluan protein untuk menambah otot dalam badan anda.

3.MGH

Badan dah sasa tapi tak ada tenaga dan stamina tak guna jugak kan. Jadi untuk selesaikan masalah stamina, suplemen seperti MGH adalah jalan penyelesaiannya. MGH ni ibarat ‘Power Booster’ la untuk korang yang nak dapatkan bekalan stamina yang lebih untuk melakukan latihan gym atau senaman.

4.BCAA

Apa pula BCAA ini? baik BCAA tugas dia ibarat macam memperbaiki tisu-tisu otot yang terkoyak, ini biasa terjadi bila seseorang itu ‘Over Workout’ yang boleh menyebabkan badan seseorang rasa sakit yang akan membantutkan jadual workout korang. Senang cerita BCAA ini ibarat nak recover balik yang otot yang mana rosak dan ganti yang baru.

5.Fatburner

Baik kalau tadi Mass Gainer nak bantu orang yang kurus untuk jadi berisi kan? Jadi Fatburner ini berlawanan, ia bertujuan membantu orang yang terlebih berisi ke bentuk yang diidamkan. Fatburner ini juga berfungsi membakar lemak yang degil pada badan korang. Jadi selain kurang bersenam nak turunkan berat korang perlu juga ambil suplemen seperti Fatburner ini kerana ia boleh mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu korang memilih suplemen apa yang sesuai untuk korang ambil. Terima kasih kerana membaca dan kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top