Kopi atau kafein mungkin sudah sinonim bagi sesetengah orang yang mengemarinya namun pernahkah anda mengalami rasa berdebar selepas minum kopi atau mengambilnya secara kerap ?
Baik pada kali ini Power Mania ingin mengupas mengenainya dan kenapa kopi menyebabkan kita rasa berdebar bagi sesetengah pengambil.
Kenapa Jantung Berdebar selepa minum kopi ?
Penyebab utama yang menjadikan jantung anda berdegup laju adalah kerana kandungan kafein yang terdapat pada kopi akan meningkatkan sistem saraf yang mana sistem saraf ini akan lebih bekerja sekaligus menyebabkan jantung anda terpaksa mengepam darah dengan lebih banyak.
Namun tidak semua orang yang akan mengalami perkara ini dan ia kebiasaannya berlaku kepada mereka yang jarang minum kopi.
Adakah ia bahaya ? sebenarnya jantung berdebar akibat kafein ini tidaklah membahayakan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan kerana kadar jantung akan kembali normal selepas kesan kafein dalam badan semakin sedikit. Namun harus diingat, ia masih boleh merisikokan beberapa golongan iaitu ibu mengandung, golongan mempunyai penyakit kronik dan golongan yang mengambil ubat secara preskripsi adalah tidak digalakkan mengambil kopi secara kerap.
Cara Mengatasi Jantung Berdebar Setelah Minum Kopi
1. Perbanyak Minum Air Putih
Langkah pertama ketika mengalami jantung berdebar setelah minum kopi adalah dengan memperbanyak minum air putih. Air putih yang cukup dapat meneutralisasi kesan kafein yang menyebabkan jantung berdebar.
2. Konsumsi Makanan Tinggi Magnesium
Cara mengatasi jantung berdebar setelah minum kopi seterusnya adalah dengan mengambi makanan tinggi magnesium. Magnesium adalah salah satu mineral yang baik untuk kesihatan jantung. Bukan hanya itu, magnesium juga mampu menstabilkan semula kadar degupan jantung.
Beberapa sumber makanan yang kaya magnesium adalah sayuran bhijau seperti bayam, kacang seperti almond dan kacang Brazil serta buah pisang.
3. Lakukan Manuver Valsava
Manuver valsava adalah teknik pernafasan untuk memulihkan keadaan jantung yang berdegup cepat akibat minum kopi. Teknik ini dapat meningkatkan tekanan udara dalam dada dan mengaktifkan refleks vagal yang membantu menstabilkan jantung. Berikut adalah cara melakukan manuver valsava:
- Duduk secara tegak.
- Kepit hidung dan tutup mulut dengan tangan.
- Perlahan-lahan hembuskan nafas dan mengerang seperti saat buang air besar.
- Ulangi beberapa kali selama 10 hingga 15 saat.
4. Lakukan Olahraga Ringan
Cara seterusnya adalah melakukan senaman ringan. Melakukan senaman ringan selepas minum kopi dapat membantu meningkatkan aliran darah, memperkuat jantung, dan mengurangi gejala jantung berdebar. Senaman kardio ringan seperti berjalan perlahan atau berbasikal turut boleh mengatasi jantung berdebar.
5. Latihan Pernafasan
Cara meredakan jantung berdebar selepas minum kopi yang terakhir adalah melatih pernafasan. Jantung berdebar sering kali menyebabkan penderita sukar untuk bernafas. Hal ini dapat diatasi dengan mengatur pernafasan dengan baik. Latihan pernafasan dalam dapat membantu mengaktifkan respons relaksasi dalam tubuh.
Jika mengalami jantung berdebar setelah minum kopi, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, tahan seketika, lalu perlahan-lahan hembuskan nafas melalui mulut. Teknik ini dapat diulangi beberapa kali hingga degupan jantung kembali normal.