JANGAN MALAS NAIK TANGGA, 5 MANFAAT BILA ANDA GUNA TANGGA

Warga metropolitan hari ini ramai yang tidak sihat kerana tiada masa untuk bersenam disebabkan kesibukan kerja. Tahap sibuknya itu hingga untuk berjoging dalam masa 10 minit pun tiada masa, apatah lagi nak naik tangga. Sesibuk mana pun kita, senaman harus juga dilakukan untuk menjamin kesihatan badan agar berpanjangan.

Baik pada kali admin ingin kongsikan 5 manfaat yang anda akan dapat bila selalu menggunakan tangga dalam kehidupan seharian anda.

1. Bakar kalori

Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjoging.

2.Jimat masa

Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.

3.Mengurangkan risiko strok

Turun naik tangga juga boleh mengurangkan risiko penyakit seperti strok, hal ini kerana badan kita memerlukan aktiviti pergerakan yang optimum setiap hari bagi melancarkan peredaran darah.

4.Menguatkan otot

Nak memperkuatkan otot ni tak semestinya kita perlu workout sahaja malah jika kita naik turun tangga pun akan membantu badan kita dalam menghasilkan serta memperkuatkan otot.

5.Pupuk kehidupan lebih aktif

Salah satu lagi manfaat naik turun tangga setiap hari adalah membantu mengurangi pola hidup tidak aktif. Banyak penelitian menunjukkan bahwa pola hidup tidak aktif akan menyebabkan badan kita mengalami pelbagai penyakit serta penyumbang kepada obesiti.

Kesimpulannya, untuk dapatkan badan yang sihat kita perlu banyak melakukan pergerakan dan jangan terlalu bergantung kepada teknologi dan mesin. Sekian sahaja perkongsian admin pada kali ini dan terus amalkan kehidupan yang sihat serta ingat untuk Kekal Aktif Dan Sihat Dengan Power Mania.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top