JAGA JANTUNG, JANTUNG JAGA KITA

 

Kebelakangan ini, kita mendengar banyak berita tentang kematian akibat serangan jantung yang berlaku dalam negara kita. Terbaru, seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui tidak sedarkan diri di sebuah restoran. Selepas diperiksa oleh pasukan perubatan, lelaki berkenaan telah disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu telah diserang penyakit jantung.

Kejadian serangan jantung yang kerap berlaku ini bukan satu perkara yang boleh kita ambil mudah kerana ia berkemungkinan besar bakal terjadi kepada diri kita atau keluarga kita. Sememangnya banyak faktor yang menyebabkan diserang penyakit yang merbahaya ini khususnya dalam amalan gaya hidup serta permakanan dan faktor lain yang mempengaruh iaitu keturunan dan genetik.

Ya, penyakit ini dapat dikesan awal namun perlu diingat jika kita tidak bertindak untuk menjaganya serta tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan ia mungkin akan menjadi ‘Pembunuh Senyap’ kepada diri kita semua.

Di sini Powermania ingin berkongsikan amalan serta tips yang boleh membantu kita untuk mengekalkan kesihatan jantung dan memastikan jantung berada dalam keadaan yang baik dalam kehidupan seharian.

1. Mengamalkan permakanan sihat atau ‘Mesra Jantung’

Makanan berlemak dan berkolesterol tinggi meningkatkan faktor risiko penyakit jantung. Oleh itu, kurangkan makanan bergoreng, pilih yang dikukus, dipanggang atau dibakar.

Hadkan juga makanan yang tinggi dengan gula, minyak dan garam. Tingkatkan pengambilan serat makanan. Ia membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah.

Anda boleh mencuba susu Nestle Omega Plus mengandungi Acticol, 1.2 gram sterol tumbuhan.

2. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan

Penyakit jantung sering dikenali sebagai pembunuh senyap. Lakukan saringan kesihatan secara berkala untuk mengesan paras kolesterol tinggi. Ujian kolesterol itu boleh dibuat di klinik swasta, klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran dan makmal persendirian.

3. Gaya hidup aktif

Aktiviti fizikal terutamanya senaman aerobik membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol baik. Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan senaman selama 30 minit sehari, sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

Sebagai permulaan lakukan aktiviti di sekeliling anda seperti menggunakan tangga berbanding lif. Guna pengangkutan awam atau berjalan kaki ke tempat restoran berdekatan berbanding menaiki kereta.

4. Tahu apa yang kita makan

Makan semua makanan daripada pelbagai kumpulan dalam piramid makanan, tetapi dalam saiz hidangan yang sederhana. Dalam erti kata lain, amalkan tabiat makan berpandukan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian. Jadikan Model Pinggan Sihat Malaysia atau konsep ‘Suku-Suku-Separuh’ sebagai panduan dalam membuat pilihan makanan seharian.

Isikan suku pinggan pertama dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi dan bijirin. Suku kedua dengan protein ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Separuh pinggan lagi dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. Kekalkan berat badan ideal dan sihat

Berat badan yang sihat ialah BMI antara 18.5 dan 24.9 kilogram (kg). Mengekalkan berat badan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah dan tekanan darah.

Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika BMI melebihi 25 kg. Selain itu, ukur lilit pinggang 90 sentimeter (35 inci) ke atas bagi lelaki atau 80 sentimeter (32 inci) ke atas bagi wanita dikaitkan dengan peningkatan risiko kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dalam menjaga kesihatan jantung dan memastikan kehidupan seharian akan sentiasa sihat. Jangan lupa untuk kekal aktif serta sado dengan #PowerMania.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Tumblr
Skype

DAPATKAN PRODUK TERKINI DARIPADA POWER MANIA!

Berbelanja di website untuk dapatkan harga yang lebih rendah!!

ARTIKEL LAIN

KURANG TIDUR PUNCA BERAT NAIK

Sejak bertahun lamanya, kita mengetahui bahawa punca berat badan meningkat adalah disebabkan amalan pemakanan yang tidak dikawal dengan betul dan kurangnya aktiviti bersenam namun adakah anda tahu bahawa punca berat badan naik juga adalah disebabkan oleh anda kurang mendapat tidur yang secukupnya. Ya, perkara ini telah disahkan oleh sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat yang menyatakan

AMANAH MENJAGA KESIHATAN

Setiap hari kita akan merasai kekuatan untuk berkerja, berjalan, menikmati makanan tapi sejauh mana kita sedar semua perbuatan itu tidak dapat dilakukan jika kita tidak dikurniakan kesihatan yang baik. Disebabkan itu, sebagai manusia kita dituntut untuk sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan malah bagi umat Islam mengamal kehidupan yang sihat adalah satu amanah daripada Allah SWT.

WARGA EMAS ‘SADO’ IMPI JADI TARZAN SEJAK KECIL

Memiliki badan sasa tentunya menjadi antara idaman para lelaki kerana ingin kelihatan lebih gagah serta maskulin selain ia secara tidak langsung memberi satu amalan untuk kita terus mengamalkan gaya hidup sihat. Malah badan kita kalau tidak dijaga lama-kelamaan akan kelihatan kendur atau buncit lebih-lebih lagi jika kita menjangkau usia 50-an keatas. Namun pandangan itu berjaya

Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top