Sekali-sekala nak ‘Cheatday’ atau ‘Cheatmeal’ bagi mereka yang sedang diet sebenarnya tak salah. Anda boleh makan sahaja mengikut kehendak anda pada hari itu namun perlu diingat jangan sampai terlebih makan atau makan makanan yang akan terus merosakkan diet anda.
Bagi mereka yang tak tahu apa itu ‘Cheatday’ atau ‘Cheatmeal’ ni, baik admin jelaskan. Cheatday atau dipanggil juga Cheatmeal ini adalah satu hari yang mana anda boleh makan apa sahaja mengikut kemahuan anda setelah anda sudah mengamalkan diet untuk beberapa hari. Semasa diet memang anda kawal betul-betul pemakanan dan dilarang sama sekali mengambil makanan yang tinggi lemak, tinggi gula kerana ia akan menjejaskan keadaan anda yang ingin mendapatkan bentuk badan idaman.
Jadi bila tiba hari ‘Cheatday’ ini sudah pasti anda rasa nak je makan semua makanan kegemaran anda tapi perlu diingat jangan sampai menjejaskan diet itu juga.
Baik pada kali ini, Admin ingin kongsikan 3 Cara ‘Cheatday’ yang dapat mengurangkan risiko terhadap diet anda.
1. Jangan rasa bersalah
Bila tiba hari ‘Cheatday’ mesti anda akan rasa bersalah pula nak makan macam-macam. Cuba buang seketika rasa bersalah itu dan makan makanan yang anda inginkan dengan rasa tenang asalkan anda makan secara terkawal dan tidak berlebihan.
2.Pilih makanan yang anda suka sahaja
Selain itu, anda boleh mengawal ‘Cheatday’ dengan memilih makanan yang anda suka sahaja. Maksudnya anda makan makanan yang betul-betul kegemaran anda. Dengan cara ini secara tidak langsung ia boleh mengelakkan pembaziran serta mengawal kadar gula, kadar lemak yang masuk pada badan anda.
3.Ubah makanan kegemaran jadi versi lebih sihat.
Cara ini mungkin akan menghilangkan rasa sebenar makanan kegemaran anda tapi sekurang-kurang anda dapat juga menikmati makanan kegemaran anda. Seperti contoh anda suka sangat kek chocolate, anda boleh sahaja makan tapi cari kek chocolate yang sihat yang mana tidak menggunakan gula yang berlebihan.
Jadi macam mana ? masih rasa ragu-ragu nak ‘Cheatday’ ? anda boleh sahaja ‘Cheatday’ tak ada masalah asalkan ia tetap dapat dikawal. Admin akui nafsu makan ini agak susah nak kawal lagi-lagi bila kita hadiri kenduri atau majlis. Admin harap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang dan Kekal Aktif dan Sihat dengan Powermania.