Hanya gunakan Dumbbell Anda Mampu Miliki 6 Packs

Biasanya orang akan terfikir bahawa dumbell biasanya digunakan sewaktu hendak melakukan latihan Chest, bisep, trisep, back dan shoulder tetapi jarang sekali ramai orang tahu bahawa dumbbell juga boleh digunakan untuk latihan perut.

Ini adalah 3 latihan yang sangat sesuai dengan menggunakan dumbbell yang sama dan berat yang sama untuk mendapatkan 6 packs yang cantik.

Free Weight Ab Lifts:

Baring di atas lantai sambal memegang dumbbell. Rapatkan kedua-dua kaki anda dan naikkan kaki anda dalam keadaan lurus. Kemudian, naikkan badan anda dengan tangan memegang dumbell untuk menyentuh kaki anda semampu yang boleh. Posisi ini akan kelihatan seperti huruf ‘V’. Anda haruslah menahan selama 3 saat sebelum kembali kepada posisi permulaan. 10 ulangan untuk 3 set.

Free Weight Ab-bends:

Mulakan dengan keadaan berdiri dan luaskan kaki anda melebihi lebar bahu anda. Pastikan anda memegang dumbbell di kiri dan kanan anda. Latihan ini bermula dengan meninggikan bahu di sebelah kanan dan merendahkan bahu disebelah kiri anda sehingga dumbell yang dipegang sama paras dengan lutut untuk memberi kesan keatas Obliques anda dan kembali pada kedudukan asal. 10 ulangan untuk 3 set setiap sisi.

Free Weight Oblique Twist:

Mula dengan posisi baring di atas lantai dengan 90 darjah lutut di bengkokkan. Pastikan tapak kaki anda rata di atas permukaan lantai. Anda perlu memegang satu dumbbell dengan menggunakan kedua-dua tangan anda. Anda haruslah menaikkan badan sehingga menemukan dada dan peha anda seperti huruf ‘V’. Twist badan anda kearah kanan dengan keadaan badan kekal pada posisi ‘V’ tadi. Kemudian, kembali pada kedudukan pusat dan twist badan anda ke kiri pula. 10 ulangan untuk 3 set setiap sisi.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on tumblr
Tumblr
Share on skype
Skype
Share on google
Google+

DAPATKAN PRODUK TERKINI DARIPADA POWER MANIA!

Berbelanja di website untuk dapatkan harga yang lebih rendah!!

ARTIKEL LAIN

KESAN BURUK STEROID

Masih ramai lagi yang suka-suka hendak mengambil steroid. Tak sabar hendak kelihatan besar dan cantik luaran. Dengan steroid yang kini seolah-olah gula-gula di pasaran, mudah

Cara Kira Kalori Dalam Maklumat Pemakanan

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar

Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp