Firma Diana Memenangi Dennis World Wide Classic 2019, Singapura

Kejayaan tidak datang bergolek, itulah perpatah yang amat sesuai untuknya kerana tidak pernah berhenti untuk terus berusaha demi mencapai matlamat hidupnya dalam dunia sukan bina badan ini.

Beliau adalah Firma Diana, 33 yang berasal dari Tulungagung Jawa timur Indonesia dan kini menetap di Kota Tulungagung Jawa timur.

Beliau yang telah berada di arena sukan selama 5 tahun sehingga kini, pernah memenangi 5 kejuaraan, 3 naib juara dan 5 kali tempat ke-3  pada peringkat Kebangsaan Indonesia dan baru-baru ini telah berjaya memenangi tempat ke-2, kategori Ms. Bikini Model >163cm pada peringkat antarabangsa di Dennis World Wide Classic 2019, Singapura.

Malah, ketika beraksi di pentas antarabangsa buat pertama kali, dia menarik perhatian ramai berikutan sukan yang diceburinya itu didominasi atlet dari negara-negara besar yang rata-ratanya mempunyai saiz fizikal yang lean dan sempurna.

Bagaimanapun, semua itu tidak penting buat PowerMania Nutrition untuk terus memberi soko­ngan kepada atlet badan cantik dari Indonesia ini, Firma Diana yang membuktikan bahawa dirinya adalah jaguh di pentas dunia.

Semoga Firma Diana terus maju jaya pada masa hadapan dan memenangi lebih banyak lagi gelaran kejuaraan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top