Lebihan lemak pada bahagian Perut adalah satu perkara yang biasa berlaku tanpa mengenal jantina malah umur. Ia kerana berkait rapat dengan corak pemakanan seharian kita dan oleh sebab itu untuk mengekalkan bentuk badan yang baik amat disarankan untuk kita menjaga pemakanan serta bersenam.
Baik pada kali ini admin tidak mahu berbicara soal gaya pemakanan yang anda perlu amalkan kerana umum sudah ketahui tetapi admin ingin kongsikan enam teknik senaman yang boleh anda lakukan serta amalkan untuk menurunkan atau kempiskan semula perut anda.
1.BERLARI ATAU BERJALAN
Berlari dan berjalan adalah antara dua jenis senaman terbaik dalam proses pembakaran lemak.
Hanya bermodalkan sepasang kasut yang bersesuaian.
Kedua dua aktiviti ini anda boleh jadikan sebagai rutin harian untuk kempiskan perut sekaligus turunkan berat badan anda.
Pastikan anda lakukan pemanasan badan (warm up) dan penyejukan badan (cool down) sebelum anda mula berlari atau berjalan.
2.PERALATAN / MESIN SENAMAN (ELLIPTICAL TRAINER)
Anda antara anda yang tidak memiliki sendi yang kuat sebagaimana saat mereka muda dan remaja dan tidak kurang juga yang mengalami kecederaan pada sendi atau otot.
Maka aktiviti berlari dan berjalan adalah tidak sesuai untuk mereka ini tetapi anda masih ada alternatif lain dengan elliptical trainer untuk anda tetap bersenam kerana ianya memberi impak yang rendah untuk senaman kardiovakular.
Dalam erti kata yang lain ianya kurang memberi tekanan atau kecederaan terhadap sendi atau otot anda.
Mereka yang mempunyai berat badan sekitar 66kg mampu membantu bakar 300 kalori dalam masa 30 minit dengan peralatan senaman ini.
3.SENAMAN CARA BERBASIKAL
Senaman Berbasikal adalah yang terbaik untuk Perut anda kerana ianya memerlukan kestabilan pada bahagian Perut, putaran badan dan lebih aktif pada otot perut.
Cara caranya ;
• Berbaring dengan kedua tangan berada di belakang kepala anda
• Angkat lutut ke bahagian dada sambil mengangkat kepala dan bahu dari lantai
• Bawa siku kanan ke lutut kiri dan luruskan kaki kanan
• Ulang kembali untuk siku kiri ke lutut kanan dan luruskan kaki kiri
• Terus ulang dan tukar gerakan 3 & 4 untuk merangsang gerakan mengayuh
• Bernafas dengan tenang
• Lakukan 1 – 3 set dengan 12 – 16 kali ulangan.
4.SENAMAN REVERSE CRUNCH
Merupakan senaman ke lima terbaik untuk menguatkan otot teras. Cara caranya ;
• Baring di atas permukaan lantai yang rata dengan tangan di sisi kita
• Silang dan angkat kaki kita dari lantai sehingga lutut membuat sudut 90 darjah
• Tegangkan otot perut dan bahu daripada lantai
• Hembus nafas sewaktu perut menegang dan sedut nafas apabila kita menurunkan
• Lakukan sebanyak 1 – 3 sesi dengan 12 – 16 kali ulangan
5.SENAMAN VERTICAL LEG CRUNCH
Senaman vertical leg crunch ini adalah hampir sama dengan senaman crunch biasa.
Namun perbezaannya adalah anda perlu pastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus yang mana akan membuatkan perut kita bekerja dengan lebih kuat lagi juga akan meningkatkan lagi keberkesanan senaman ini.
Cara caranya ;
• Baring di atas lantai dengan dua tangan di belakang kepala anda
• Luruskan kaki ke atas dengan lutut bersilang
• Kempiskan perut untuk mengangkat kepala dan bahu
• Baring kembali
• Pastikan kedua dua kaki tidak dijatuhkan sepanjang masa
• Hembus nafas apabila kita menegangkan perut dan sedut nafas apabila kita kembali berbaring
• Lakukan 1 – 3 sesi dengan ulangan 12 – 16 kali setiap sesi
6.SENAMAN CRUNCH BOLA (EXERCISE BALL CRUNCH)
Senaman Ball Crunch ini memerlukan anda supaya stabil yang melibatkan lebih banyak otot.
Apa yang anda perlukan adalah sebiji bola senaman.
Cara caranya ;
• Baring di atas bola supaya belakang badan anda dapat disokong dan kaki dapat berdiri kukuh di atas lantai
• Letakkan tangan di dada atau di belakang kepala
• Tegangkan perut dan angkat badan ke hadapan
• Baring kembali ke atas bola
• Pastikan bola sentiasa stabil setiap kali melakukan crunch
• Hembus nafas nafas sewaktu melakukan crunch dan sedut nafas sewaktu menurunkan badan
• Lakukan 1 – 3 sesi dengan 12 – 16 ulangan setiap sesi
Menurut Health & Fitness of The Times of India, dengan melakukan senaman, peratusan lemak dalam badan anda akan berkurangan. Maka, senaman tidak sekadar membakar lemak di bahagian perut sahaja malah turut melibatkan lemak di bahagian badan yang lain.
Jadi kesimpulannya, dengan mengetahui dan mengamalkan teknik senaman yang betul ia bukan sahaja menyihatkan badan anda malah akan membantu untuk kempiskan bahagian lemak pada perut. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca dan selamat beramal. Jangan lupa untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.